fbpx
Now Reading
“Pilih La Fesyen Sesuai..” – Netizen Tegur Hiasan Kepala Aina Abdul Didakwa Halang Pemandangan Konsert Big Stage

“Pilih La Fesyen Sesuai..” – Netizen Tegur Hiasan Kepala Aina Abdul Didakwa Halang Pemandangan Konsert Big Stage

Aina Abdul mengayakan busana serba putih dengan hiasan kepala seperti bulu ayam itu pada konsert Big Stage Musim 5 minggu kelima.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama penyanyi wanita, Aina Abdul memang tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik di negara ini, kehebatan vokal dan kemerduan suaranya pasti akan memikat hati para pendengar.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini nama Aina Abdul kerap terpalit dengan pelbagai fesyen yang agak pelik dan lain daripada biasa.

Seperti baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai gaya busana serba besar yang dikenakan oleh Aina ketika hadir sebagai juri tetap di Big Stage 5 (Big Stage 2023).

Kostum warna-warni Aina Abdul dikecam ramai

Kebanyakan netizen berpendapat bahawa kostum berwarna-warni dengan tema ‘Waves of Emotion’ itu kelihatan seperti toto dan bantal selain mendakwa ia juga akan menghalang pemandangan penonton di bahagian belakang.

Belum reda dengan isu tersebut, kini Aina tampil pula dengan fesyen serba putih yang mempunyai hiasan seperti bulu ayam besar di atas kepala ketika minggu ke-5 konsert tersebut sekaligus menjadi bualan ramai.

Netizen dakwa hhiasan di kepala Aina Abdul halang pemandangan penonton

Menerusi perkongsian beberapa gambar di laman Twitter, seorang lelaki mendakwa hiasan di kepala Aina sedikit menghalang pemandangan segelintir penonton yang duduk di tingkat bawah.

“Orang cakap Aina Abdul narcissistic kau terasa. Tapi korang nilai lah sendiri. Tengok perasaan orang yang duduk belakang kerusi dia.

“Haritu cakap team dia dekat belakang kan. Habis itu ini yang berapa baris belakang macam mana?” tulisnya dalam satu ciapan.

Ramai kecam Aina Abdul sebab fesyen dan tidak peduli kritikan netizen

Malah kelihatan rata-rata pengguna Twitter turut mengecam Aina kerana fesyennya yang didakwa menganggu pandangan penonton.

Mereka berpendapat sekirannya Aina berkeras untuk kekal dengan gaya pemakaian sedemikian, pihak produksi perlu mengubah kedudukan juri dari bahagian tengan ke tepi.

Tidak hanya itu, mereka juga berpendapat Aina seharusnya mengambil berat pandangan dan kritikan netizen jika tidak mahu populariti yang sudah dikecapinya hilang begitu saja kerana isu sebegini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.