fbpx
Now Reading
Peniaga Jual Air Balang Guna Evian Undang Perhatian Ramai

Peniaga Jual Air Balang Guna Evian Undang Perhatian Ramai

Difahamkan, tindakan peniaga itu menggunakan air Evian adalah bersempena dengan pengenalan produk air balang di kedai ikan bakar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perniagaan merujuk kepada kegiatan yang dilakukan untuk menjual barang atau menyediakan servis kepada pelanggan bagi tujuan memperoleh keuntungan.

Bagi memperolehi keuntungan yang maksimum, pelbagai cara dan strategi yang digunakan oleh peniaga bagi menarik pelanggan untuk membeli produknya.

Guna Air Jenama Evian Buat Air Balang Sempena Pengenalan Produk Baru

Baru-baru ini, tular di Tik Tok, kelihatan seorang peniaga kedai makan menggunakan air botol Evian bagi membancuh air balang jualannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @diyanaburhan, penggunaan air Evian itu adalah bersempena pengenalan jualan air balang di kedai makan yang terletak di Medan Selera Ikan Bakar, Saujana Utama Sungai Buloh.

@diyanaburhan

Sempena pembukaan air SETIN di Medan selera ikan bakar the boss saujana utama harini,kami menggunakan air EVIAN tau🤩 #fypシ #setin #saujanautama #sungaibuloh

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Namun, rata-rata netizen mendakwa pengunaan air Evian itu hanya wayang. Kebanyakannya mendakwa peniaga tersebut menggunakan air Coway atau air paip apabila membancuh air balang itu di belakang kamera.

Foto: TikTok @diyanaburhan

Menyangkal dakwaan yang dibuat oleh netizen, menerusi video kedua yang dimuat naik melalui akaun Tik Tok yang sama, peniaga itu membuktikan bahawa apa yang dikomen oleh netizen adalah tidak benar.

@diyanaburhan

Replying to @whis Kami pakai air EVIAN ni promosi sempena pembukaan air SETIN di @Mudah.boss untuk balang yang pertama sahaja selama 3 hari😊 Meh lar datang kedai kami. selain air SETIN macam2 makanan ada dekat Medan selera ikan bakar the boss,saujana utama sungai buloh😊

♬ original sound – diyanaburhan – diyanaburhan

Hanya Guna Air Evian Untuk Tiga Hari

Memetik mStar, peniaga yang dikenali sebagai Muhammad Fahmi Mohd Rahani memaklumkan dia menggunakan air Evian sebagai promosi kepada pengenalan produk terbarunya.

“Saya buka kedai ikan bakar sejak tiga tahun lepas. Terbaharu, saya tertarik tengok satu jenama air balang. Jadi, saya sertai jenama itu untuk membolehkan saya jual air balang mereka di kedai saya. Baru saja mula tiga hari lepas,” katanya.

Tambah fahmi lagi, air Evian itu dibekalkan oleh pemilik jenama air balang berkenaan.

Menurutnya, pemilik air balang itu meminta agar dia menggunakan air jenama Evian bagi balang pertama dan sempena hari pertama pengenalan produk sahaja.

Namun, akibat kecaman hebat yang diterima dari netizen, Fahmi meneruskan penggunaan air Evian selama tiga hari. Dia kemudiannya akan menggantikan air Evian dengan air Spritzer untuk hari yang seterusnya.

Tidak Kecil Hati Dengan Komen Netizen, Janji Beri Servis Terbaik

Menurut Fahmi, dia dan isterinya tidak kecil hati dengan komen netizen. Malah, dia melihat perkara itu dari sudut yang positif.

Dengan setiap kecaman dan komen yang diberikan, dia berazam untuk memberikan servis yang terbaik kepada pelanggannya pada masa akan datang.

“Walaupun perit, kita kena sabar. Kita jual makanan dan minuman. Kita kena servis orang. Kena perbaiki mutu setiap hari,” ujarnya.

Selama tiga hari pengenalan, Fahmi berjaya menjual sehingga 450 bungkus air balang dengan harga RM10 sebungkus.

Selain daripada kedai makan dan air balang, kedainya yang terletak di Medan Selera Ikan Bakar, Saujana Utama Sungai Buloh itu turut menempatkan tujuh vendor lain yang menawarkan lebih 20 menu istimewa buat pelanggan.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.