fbpx
Now Reading
Peniaga Kedai di Banting Nyaris Jadi Mangsa Pukau Dua Warga Asing [Video]

Peniaga Kedai di Banting Nyaris Jadi Mangsa Pukau Dua Warga Asing [Video]

Dua warga asing itu dikatakan pernah datang ke kedai yang sama pada Mac lepas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Merujuk kepada kamus dewan, pukau merupakan jampi serapah yang digunakan untuk memabukkan atau membuat orang tidur lelap.

Lazimnya, pukau akan menyebabkan seseorang itu tidak sedar, keliru dan hilang pertimbangan. Pukau tidak akan memudaratkan mangsa dengan penyakit tertentu namun, mangsa yang terkena pukau boleh kehilangan harta benda, kehormatan dan harga diri.

Cuba Perangkap Peniaga

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @rezqiyusufcowarehouse, suaminya yang mempunyai kedai di Banting, Selangor nyaris dipukau oleh dua orang individu dalam video tersebut.

Cubaan Pukau, Namun Gagal

Menurut wanita berkenaan, dua individu yang dipercayai berbangsa Arab itu telah datang ke kedai mereka pada Mac yang lalu bagi cubaan pukau, namun ianya gagal.

Mereka sekali lagi datang ke kedai wanita itu pada 5 Jun yang lepas bagi tujuan yang sama.

Menerusi video yang telah menerima lebih 300 ribu tontonan itu, kelihatan dua orang individu sedang cuba mengumpan suami wanita berkenaan dengan bertanya mengenai kemeja T yang dijualnya.

Sedar akan tindakan mereka, suaminya meminta mereka untuk melihat sendiri kemeja T berkenaan dan berlalu pergi ke bahagian belakang kedai.

Tinggalkan Kedai Selepas Sedar Ada Orang Lain

Kedua-dua individu itu tetap meminta suami wanita itu melayan mereka. Namun, menyedari terdapat orang lain pada masa yang sama, mereka terus berlalu keluar.

Menurut pemilik akaun Tik Tok itu, modus operandi kedua-dua individu berkenaan adalah sama di mana mereka akan berpura-pura bertanyakan tentang barang yang terdapat di kedai.

“Cubaan acah-acah tanya pasal t-shirt. Dulu acah-acah tanya pasal baju baby,” tulisnya di video berkenaan.

Dakwa wanita itu lagi, kedua-dua individu berkenaan juga sudah tular di banyak lokasi di Malaysia dek kerana perbuatan pukau mereka itu.

“Hati-hati semua. Dua ekor ni dah viral keliling satu Malaysia buat kerja pukau ni. Jangan bagi orang dekat dan sentuh korang tau,” tulisnya.

Menerusi ruang kapsyen, wanita itu turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan kedua-dua individu terbabit.

“Hati-hati semua. Tak kena tangkap lagi dua ekor ni,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geram dengan apa yang dilakukan oleh kedua-dua individu itu.

Malah, ada di antara netizen yang turut berkongsi pengalaman dan tips bagi menghadapi cubaan pukau.

Foto: TikTok @rezqiyusufcowarehouse

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kena Pukau” – Tomok Berang Dakwa Pekerja Di Kedai Minumannya Kena Scam Dengan Pelanggan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nyaris Jadi Mangsa Pukau, Gadis Ini Serik Keluar Berseorangan Lagi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.