“Tu Pun Tak Cukup, Asyik Pinjam Kawan” – Lelaki Luah Gaji RM5,000 Hanya Cukup Makan, ‘Sesak’ Lepas Tolak Komitmen

Di saat dunia menghadapi ketidaktentuan ekonomi, pasti cabaran dalam meneruskan kelangsungan hidup dirasai semua orang terutamanya golongan B40 dan M40.

Meskipun segelintir individu memilik gaji yang boleh dikatakan lumayan, namun bagi yang harus menyara keluarga nilai tersebut masih tidak mencukupi atau hanya sekadar ‘cukup makan’.

Lelaki luah gaji RM5,000 sekadar cukup makan

Seperti baru-baru ini, seorang lelaki yang telah mendirikan rumah tangga meluahkan kehidupannya bersama keluarga hanya cukup makan meskipun memiliki gaji RM5,000 setiap bulan.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook miliknya Amirulz Mdd, bapa kepada lima orang anak itu juga terkadang terpaksa berhutang dengan meminjam duit daripada rakan-rakannya.

Pada masa sama, dia juga menyenaraikan komitmen bulanannya dan berapa nilai yang tinggal untuk kegunaan dirinya sendiri.

“Bayar kereta Proton Saga RM550, rumah flat RM700, Netflix RM33, bagi mak RM800, nafkah isteri RM800, bil eletrik RM80, duit dapur RM900 (barang kering, basah 4 kali beli) kiranya sekali beli barang dapur dalam rm230.

“Belanja anak sekolah 5 orang RM400 sekali bas sekolah. Tinggal la rm500-600 untuk bapa dia ni top-up kredit dan isi minyak motor hari-hari pergi kerja.

“Saya tak hisap rokok, vape, tidak ada Cuckoo atau Coway serta tak ambil hibah dan insurans. Setiap hari bawa bekal, itu pun asyik meminjam sahaja,” tulisnya.

Sedih sebab tak mampu bawa anak berjalan-jalan

Menurutnya, dia berasa sedih kerana tidak mampu untuk membawa keluarganya untuk bersiar-siar dan berjalan akibat kekangan wang.

“Hang (kau) ingat gaji RM5,000 dah cukup ke? Nak keluar berjalan pun tak lepas. Kadang kesian juga tengok anak asyik pergi taman mainan sahaja.

“Nak juga bawa tengok movie (wayang) ke, makan ‘best-best’ ke. Bapa-bapa fahamlah perasaan ini, cuma lelaki dia banyak diam je,” tulisnya lagi.

Tak boleh kurangkan duit ibu kerana perlu sara abang dan adik OKU di kampung

Dia turut menyatakan tidak dapat mengurangkan jumlah wang nafkah kepada ibunya memandangkan wanita itu harus menjaga abang dan adiknya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) di kampung.

Tangkap layar di akaun Facebook Amirulz Mdd

Di dalam ruangan komen, seorang pengguna Facebook menyarankan lelaki terbabit untuk mengurangkan wang nafkah RM800 kepada isterinya.

Tak sanggup kurangkan nafkah isteri, hargai dan fahami penat lelah jaga anak serta rumah

Namun lelaki tersebut membalas dengan mengatakan dia tidak sanggup mengurangkan duit nafkah kepada isterinya kerana menghargai dan memahami penat lelah wanita itu yang harus menjaga anak-anak serta mengemas rumah.

“Saya bukan taknak kurangkan nafkah isteri. Tapi letih saya kira jaga rumah dan anak, saya cuba buat seminggu je dulu masa cuti. Fuh baik pergi kerja.

“Letih dua kali ganda dari keluar kerja. Saya hargai apa dia buat umpama gaji dia sebab membantu saya lahirkan anak dan ‘manage rumah serta baju semua. Memang penat jadi suri rumah ni,” katanya.

Tangkap layar di ruangan komen hantaran Facebook Amirulz Mdd

Menerusi pemerhatian kami, ada yang bersetuju dengan perkongsian lelaki ini. segelintir daripada mereka turut berpendapat semakin besar gaji semakin besar komitmen.

Malah ada yang memuji lelaki ini kerana masih mengutamakan ibu dan isterinya meskipun dia dalam kesempitan.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

21 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago