“First World Country Tapi Rembat Minyak Subsidi” – Netizen Berang Pemandu Singapura Isi RON95 Lagi
Isu menggunakan RON95 ini mula dibangkitkan berikutan seorang pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka telah menaikkan kemarahan ramai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut saja pasal ‘Stand-up comedy’ pasti ramai yang mengetahui ia adalah persembahan komedi yang dibawa secara solo oleh pelawak di atas pentas dengan tujuan menghiburkan penonton.
Walaupun kebanyakan stand up comedy dilakukan dengan cara menyindir individu atau sesebuah organisasi, namun batas lawak itu tetap perlu ada dan tidak dikaitkan dengan isu sensitif.
Kecoh pelawak Singapura jadikan tragedi MH370 sebagai jenaka
Seperti baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang pelawak wanita dari Singapura yang dikenali sebagai Jocelyn Chia menjadikan Malaysia serta tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 2014 sebagai bahan jenakanya.
Tidak hanya itu, dia juga merendah-rendahkan Malaysia dengan mengatakan Singapura sebagai ‘First World Country’ (negara dunia pertama) manakala negara ini masih dikira ‘developing country’.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak ‘Stand Up’ Komedi Singapura Kutuk Malaysia, Jadikan Tragedi MH370 Bahan Lawak
Chia dikecam kerana tidak menjaga sensitiviti
Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial dari dalam dan luar negara mengecam teruk Chia kerana tidak menjaga sensitiviti ahli keluarga mangsa MH370 serta rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan kehilangan pesawat jenis Boeing 777 itu.
Tidak hanya itu, pelawak-pelawak terkenal tanah air seperti Datuk Afdlin Shauki dan Harith Iskander juga memberi kritikan hebat kepada Chia kerana melawak tanpa menggunakan otak serta tiada empati.
Susulan penularan video berkenaan, pihak kerajaan Singapura tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan biadap pelawak wanita itu.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon bagaimanapun menjelaskan wanita itu bukan lagi warganegara Singapura.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pelawak Perlu Ada Sensitiviti & Empati’-Harith Iskander Sekolahkan Jocelyn Chia [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Lawak Kena Pakai Otak”- Adflin Shauki Selar Pelawak Singapura Jadikan MH370 Bahan Jenaka
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jadikan MH370 Bahan Jenaka, Singapura Mohon Maaf Dedah Pelawak Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara
Apa yang mencuri tumpuan kami, sejak insiden tersebut tular, rata-rata pengguna media sosial tempatan kembali berkongsi sikap segelintir rakyat Singapura yang dikesan mencuri minyak petrol bersubsidi yang sepatutnya hanya digunakan oleh rakyat tempatan ketika berkunjung ke negara ini.
Malah ada yang mencadangkan agar dianjurkan satu ‘contest’ bagi mencari kesalahan rakyat dari ‘First World country’ yang dipercayai merujuk kepada warga Republik itu.
Rakyat Singapura masuk Malaysia guna minyak petrol bersubsidi
Menerusi perkongsian gambar di laman Twitter @MALAYSIAVIRAL, kelihatan sebuah kereta Hyundai berwarna Hyundai dengan nombor pendaftaran Singapura sedang mengisi petrol menggunakan minyak RON95.
“Rakyat terpaling ‘First World Country’ curi minyak petrol subsidi rakyat Malaysia,” ciapnya.
Difahamkan, kejadian dirakam di sebuah stesen minyak di Batu 3, Shah Alam, Selangor.
RAKYAT TERPALING FIRST WOLRD COUNTRY CURI MINYAK PETROL SUBSIDI RAKYAT MALAYSIA. LOKASI PETRONAS BATU 3 SHAH ALAM.@PDRMsia @KPDN_HQ pic.twitter.com/dukcMbM3gp
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) June 8, 2023
Seorang pengguna Twitter @SyafiqNoah24 turut berkongsi satu lagi gambar memperlihatkan sebuah kereta Audi juga dari Singapura sedang mengisi minyak petrol bersubsidi milik rakyat Malaysia sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Pun begitu, tiada sebarang maklumat bila kejadian ini berlaku.
1st world country https://t.co/1dDPInrPTx pic.twitter.com/BvdtE0akq9
— Shafiq Ridzuan (@ShafiqNoah24) June 8, 2023
Aii geram pulak aku tengok, kalau aku kt situ, sumpahh memang aku sound
— ABANG KIAH (@adiehussin94) June 8, 2023
“are you from first world country ? steal oil subsidies from other countries ? “
Curi subsidi dari DEVELOPING COUNTRY!!
— 🔰IncikGaban🔰 (@ekhwanafiq) June 8, 2023
Shame on u
Antara isu berbangkit yang sering menjadi perdebatan
Secara umumnya, isu ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah sejak dahulu lagi sudah terdapat banyak kes membabitkan rakyat Singapura yang terus berdegil dengan menggunakan RON95 demi menjimatkan kos mereka.
Ini membuatkan ramai tertanya-tanya adakah benar setakat ini sahaja tahap pemikiran serta tingkah laku segelintir rakyat dari negara dunia pertama ini.
Ini belum lagi dikira dengan sikap ‘sekerat’ dari mereka yang melakukan perbuatan jijik seperti kencing merata dan buang sampah sesuka hati sewaktu berada di Malaysia seolah-olah mereka lebih kebal dari undang-undang negara ini.
Namun, kami yakin perbuatan Chia dan juga segelintir individu yang tular ini hanyalah bersifat peribadi dan ianya tiada kaitan dengan sesebuah negara.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Selamba Buang Air Kecil Di Sempadan Malaysia-Singapura, Dua Individu Diburu Polis
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Dipercayai Warga Singapura Tunjuk Biadap Buang Sampah Atas Jalan Undang Kecaman Ramai [Video]