fbpx
Now Reading
Rider Buat Aksi Bahaya Tunggang Motor Tak Pulas Throttle, Siap Duduk Atas Kotak Monorack Undang Perhatian [Video]
rider buat aksi bahaya

Rider Buat Aksi Bahaya Tunggang Motor Tak Pulas Throttle, Siap Duduk Atas Kotak Monorack Undang Perhatian [Video]

Apa yang lebih bahaya, rider tersebut turut melepaskan tangannya serta meletakkan kakinya pada kerusi sambil duduk di atas monorack dan menari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nasihat atau pesanan untuk berhati-hati ketika berada di atas jalan raya sering kali diwar-warkan di seluruh platform termasuklah media sosial.

Namun perkara itu masih tidak diendahkan oleh segelintir pengguna jalan raya apabila ada yang melakukan aksi yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Tunggang motosikal dalam keadaan bahaya

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan bahaya.

Menerusi yang dikongsikan oleh Jabatan Netizen Malaysia di Twitter, kelihatan lelaki itu sedang menunggang motosikalnya sambil melakukan aksi seperti menari di atas motor.

Lepas tangan dan letak kaki atas kerusi sambil menari-nari

Apa yang lebih bahaya, lelaki yang juga memakai baju sebuah syarikat penghantaran terkenal dilihat duduk di atas sebuah kotak monorack tanpa memegang handle dan throttle motosikal.

Manakala kakinya pula diletakkan di atas tempat duduk motosikal yang mana kedudukan ini amat bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

Malah motosikalnya juga dilihat bergerak tanpa perlu dikawal dengan sendiri.

Dalam video berdurasi selama 12 saat itu, lelaki yang menunggang motosikal berwarna hitam itu turut membawa sebuah beg penghantaran syarikat lain berwarna oren di bahagian belakangnya.

Minta polis nasihat rider buat aksi bahaya

Pengendali akaun twitter itu turut meminta pihak polis untuk menasihatkan individu tersebut tentang aksi bahaya yang dilakukannya.

Video itu turut menarik perhatian ramai apabila mereka mengecam tindakan tersebut memandangkan ia boleh mengundang bahaya kepada banyak pihak.

Ada juga yang mendakwa kejadian itu dipercayai berlaku di lebuh raya MRR2 sekitar kawasan Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Untuk makluman kotak monorack merupakan sesuatu aksesori motor yang diletakkan dibahagian belakang motosikal sebagai tempat menyimpan barang.

“Orang macam ni kena kasi pengajaran, nasihat tak jalan dah”

“Kalau sabit kesalahan baru menyesal minta kurang denda, alasan hanya kerja…”

“Bahagia yang dicari”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.