fbpx
Now Reading
Starbucks Muncul Dengan Barisan Minuman All-New Summer & Umum Kolaborasi Bersama Christy Ng

Starbucks Muncul Dengan Barisan Minuman All-New Summer & Umum Kolaborasi Bersama Christy Ng

Christy Ng + Starbucks: Outdoor Series ini akan tersedia bermula 20 Jun 2023 untuk pelancaran fasa pertama dan akan diikuti dengan fasa kedua pada 11 Julai 2023 di seluruh cawangan Starbucks Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejutan musim panas yang dinanti-nantikan akhirnya tiba di Starbucks!

Starbucks menghidupkan semula kegembiraan musim ‘summer’ dengan menyajikan gabungan minuman berwarna-warni yang memancarkan rasa kebebasan, kegembiraan maksimum, dan kenikmatan tanpa batas.

Antara minuman baharu All-New Summer yang diperkenalkan kali ini adalah:

  • Mango Dragonfruit with Lemonade Starbucks Refreshers.
    • Nikmati variasi eksotik dari lemonade klasik dengan Mango Dragonfruit with Lemonade Starbucks Refreshers™, teman sempurna untuk musim panas. Minuman ini menggabungkan rasa mangga dan buah naga yang segar, dipadukan dengan lemonade yang segar dan es. Minuman tropikal ini dihiasi dengan potongan buah naga dan mangga, sempurna untuk memberikan semangat pada cuaca panas yang menyengat.
  • Dragon Drink with Mango Dragonfruit Starbucks Refreshers.
    • Atasi musim panas ini dengan Dragon Drink yang memukau berwarna magenta dengan Mango Dragonfruit Starbucks Refreshers™. Kombinasi buah mangga manis dan jus buah naga dengan susu kelapa menghasilkan rasa krim lembut dan ringan, yang pasti akan menyentuh cita rasa manis tropika.
  • Starbucks® Honeycomb Salted Caramel Oatmilk Frappuccino.
    • Nikmati kelazatan karamel madu yang renyah dengan Honeycomb Salted Caramel Oatmilk Frappuccino. Nikmat antara susu oat lembut, espresso ikonik Starbucks®, dan sirap karamel garam ini ditambah dengan krim lembut, siraman karamel manis, dan serpihan madu untuk sensasi kenikmatan tak terbatas.

Minuman-minuman baharu ini akan tersedia di semua cawangan Starbucks seluruh negara melalui drive-thru, bawa pulang, Mobile Order and Pay (MOP), serta penghantaran mulai 6 Jun 2023 (selagi stok masih ada).


Starbucks Shining Pastel Untuk Koleksi Musim Panas

Walaupun cuaca memang ‘hot lit lit’ ketika ini, perkara itu tidak menjadi halangan untuk korang ber #OOTD! Tapi lebih menarik kalau nak ‘pose’ dengan koleksi merchanise Starbucks Shining Pastel yang automatik buatkan korang nampak glamor!

Jika korang adalah seorang yang mempunyai personaliti berani dan ‘bold’, koleksi ini menawarkan ledakan warna musim panas, efek berkilau, dengan kombinasi bentuk geometris dan karya seni musim panas yang ‘playful’.

Koleksi ini menampilkan design unik untuk berbagai jenis tumbler, gelas, botol air, dan pelbagai lagi koleksi lain. Dengan design yang unik, koleksi ini benar-benar mencerminkan keberanian korang pada musim panas!


‘Level Up Your #OOTD Game’ Dengan Koleksi Baharu Starbucks X Christy Ng!

Sebut sahaja nama Christy Ng, siapa yang tak kenal kan? Jenama kasut dan beg ini merupakan salah satu jenama yang digemari ramai dengan design yang versatil dan harga mampu milik.

BACA JUGA: Christy Ng Kongsi Pengalaman Mula Niaga Dari Rumah, Kini Ada 11 Cawangan Seluruh Malaysia

Dan kali ini, Christy Ng + Starbucks: Outdoor Series menjemput korang bagi menghidupkan kehidupan dengan semangat eksplorasi untuk mencipta inspirasi dari dunia luar!

Foto: BuzzKini/Siti Murni

Dihiasi dengan cetakan kotak-kotak ikonik Starbucks Green yang menjadi ciri khas Christy Ng, koleksi ini memancarkan tenaga penuh semangat! Koleksi ini juga akan mendorong orang ramai untuk melihat dunia dengan sudut pandang yang segar.

Christy Ng + Starbucks: Outdoor Series ini akan tersedia bermula 20 Jun 2023 untuk pelancaran fasa pertama dan akan diikuti dengan fasa kedua pada 11 Julai 2023 di seluruh cawangan Starbucks Malaysia (selagi stok masih ada).

Mark your calendar!

Untuk maklumat lanjut, KLIK SINI.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.