
“I Love This Bit” -Pelawak Jason Leong Dikecam Ramai Kerana Tinggal Komen Suka Pada Lawak Biadap Jocelyn Chia
Jason Leong mendapat kecaman daripada orang ramai selepas dia meninggalkan komen pada media sosial Jocelyn Chia menyatakan “Saya suka ini.”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila orang ramai membincangkan tentang video tular memaparkan pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang menjadikan Malaysia serta MH370 sebagai bahan jenaka.
Dalam lawaknya itu dia turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada penonton selepas mengetahui individu itu berasal dari Malaysia.
Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat di negara ini yang menyifatkan tragedi serta kematian tidak sesuai untuk dijadikan bahan lawak.
Susulan dari penularan video tersebut, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia tampil memohon maaf namun menjelaskan bahawa Chia bukan lagi warga Singapura.
Baca artikel berkaitan: Jadikan MH370 Bahan Jenaka, Singapura Mohon Maaf Dedah Pelawak Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara
Jason Leong menyukai jenaka yang dibuat Jocelyn Chia
Namun siapa sangka, jenaka biadap yang dilakukan pelawak wanita tersebut disukai oleh pelawak komedi tempatan, Dr Jason Leong sehingga dikecam oleh orang ramai.
Menerusi ruangan komen pada hantaran video Chia, Leong telah meninggalkan komen dengan berkata “Saya suka ini.”
Memetik laporan The Rakyat Post, komentar yang diberikan oleh Leong pada video tersebut bagaimanapun telah mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada rakyat Malaysia.
Netizen malah mendakwa pelawak tempatan itu seolah-olah bersetuju dengan bahan jenaka yang dilakukan Chia termasuklah menghina negara.
Chia menyatakan orang ramai terlalu serius terhadap jenakanya
Orang ramai terlalu serius terhadap jenakanya, kata Chia.

Malah ada juga yang menyatakan Leong sepatutnya tahu bahawa jenaka dilakukan wanita berkenaan melampaui batas.
Context: pic.twitter.com/PBLx2MWC7q
— Manjit Singh (@ManjitSinghG5) June 7, 2023
Pelawak Jason Leong berada dalam air panas kerana menyokong Komedi Singapura Jocelyn Chia#JasonLeong #JocelynChia pic.twitter.com/gCzlMHcjNo
— Aishah Rahman (@RhmnAishah) June 8, 2023
Farouk W. berkongsi sebuah video lama dari tahun 2019 membuktikan keakraban Jason dan Jocelyn, dua pelawak yang sinonim dengan content jenaka berbaur perkauman, kebencian dan hasutan. pic.twitter.com/2r0YGS8EVm
— Nikita AWATNI (@NikitaNikAziz) June 8, 2023
Jason Leong approves and she's limiting comments on her IG post now. Is this poetic or what? LOL she gonna block people next? https://t.co/AlPbmyP8NO pic.twitter.com/MMaw5D7wey
— likweis (@likweis) June 7, 2023
Disappointing pic.twitter.com/8w32Ul1jzE
— ♞ 𝙛𝙖𝙡𝙞𝙦𝙛𝙖𝙝𝙢𝙞𝙚 ♞ (@faIiqfahmie) June 7, 2023
Baca artikel berkaitan: