fbpx
Now Reading
Jemaah Wanita Negara Jiran Mandi Guna Air Zam Zam Di Kawasan Terbuka Tanah Suci Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Jemaah Wanita Negara Jiran Mandi Guna Air Zam Zam Di Kawasan Terbuka Tanah Suci Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Wanita itu mendakwa bahawa mereka mandi di kawasan air zamzam sabeel di mana air tersebut boleh digunakan untuk membersihkan diri atau berwuduk oleh para jemaah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di saat ini, jemaah daripada seluruh dunia sudah mula berkampung di Tanah Suci, Mekah untuk menjalankan ibadah Haji pada tahun ini.

Susulan itu, sudah pasti ramai jemaah yang mula berkongsi video di dalam media sosial momen-momen indah mereka semasa di sana.

Perkongsian video seorang jemaah wanita di Tanah Suci curi tumpuan ramai

Pun begitu, baru-baru ini perkongsian satu video di media sosial daripada salah seorang jemaah wanita dari negara jiran, Indonesia telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @indah..chemmank, kelihatan sekumpulan jemaah wanita di Tanah Suci, Mekah yang sedang mandi di sebuah kawasan terbuka.

Menurut wanita itu, dia berasa syukur kerana diberi kesempatan untuk bermandi di Tanah Suci bersama beberapa jemaah wanita lain sepuasnya.

Sekumpulan jemaah wanita mandi di tempat terbuka, dakwa guna air zam zam

Apa yang mencuri tumpuan, mereka yang dilihat mandi di tempat terbuka mendakwa bahawa air yang digunakan itu merupakan air zam zam.

“Alhamdulilah dapat kesempatan mandi langsung di tempat air zam zam dengan sepuasnya, MasyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@indah..chemmank

alhamdulillah…dapt kesempatan mandi langsung di tempat air zam-zam dengan spuasx masya Allah 🤲🙏

♬ Subhanallah Walhamdulillah – Risakhodija

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan mereka kerana tidak menjaga batas apabila pakaian yang dipakai basah dan melekat pada badan selain menggunakan air zamzam untuk mandi.

Pun begitu, ada yang merasakan kenyataan wanita itu adalah tidak benar kerana kawasan tersebut bukanlah tempat air zam zam selain air yang digunakan itu juga bukanlah air tersebut.

Zamzam sabeel boleh digunakan untuk berwuduk dan mandi

Menerusi satu lagi hantaran video di laman TikTok miliknya, wanita itu mendakwa bahawa mereka mandi di kawasan air zamzam sabeel di mana air tersebut boleh digunakan untuk membersihkan diri atau berwuduk oleh para jemaah.

@indah..chemmank

Membalas @sirroh bisa di liat jlas…mungkin anda yg kurang paham…🙏

♬ suara asli – Roslindah Indah – Roslindah Indah

Bagaimanapun, jemaah wanita tidak digalakkan untuk mandi di sana kerana bahagian aurat mereka lebih mudah terdedah berbanding jemaah lelaki apatah lagi ia dilakukan di kawasan tersebut.

Mufti Wilayah Persekutuan, hukum guna air zamzam

Semakan kami di laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggunakan air zam zam untuk mandi, berwuduk atau bersihkan diri daripada najis adalah harus kerana ia adalah air yang suci lagi menyucikan seperti air mutlak yang lain.

“Untuk keluar daripada khilaf ulama yang memakruhkan, kami mengesyorkan sekirannya tiada kesukaran dan terdapat air yang lain selain daripada air zamzam, sebaiknya gunakan terlebih dahulu air lain tersebut, khususnya ketika beristinja dan membersihkan diri daripada najis.”

Mufti Wilayah Persekutuan

Namun kami merasakan apa yang dipersoalkan netizen adalah soal aurat kerana ia dilakukan di kawasan terbuka.

Berikut adalah komen netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.