Lalui Hidup Sukar Selepas Kematian Suami, Ibu Tunggal Diminta Keluar Selepas 10 Bulan Tak Bayar Sewa
Menurut Siti Suryati, dia terpaksa menjual barang kemas bagi menampung perbelanjaan keluarga manakala persekolahan anak kini ditanggung oleh adik-beradiknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kehilangan orang yang tersayang merupakan suatu perkara yang perit untuk diterima apatah lagi jika individu yang pergi itu adalah ketua keluarga.
Ia diumpakan seperti patah sebelah sayap apabila si isteri atau ibu perlu memikirkan tentang ekonomi keluarga kerana suami yang menanggung keluarga telah meninggal dunia.
Meskipun reda dengan permergian suami tercinta namun ia bukanlah suatu yang mudah untuk dilalui khususnya jika si isteri terpaksa menanggung diri sendiri dan anak-anak sekiranya mempunyai tanggungan.
Keadaan menjadi lebih parah apabila jika si isteri sebelum ini tidak bekerja.
Sembilan beranak terpaksa keluar rumah kerana tak mampu bayar sewa
Perkara ini samalah seperti apa yang dilalui oleh ibu tunggal bersama lapan anak di Taman Sutera Emas, Melaka yang terpaksa keluar daripada rumah kerana gagal membayar sewa selama 10 bulan selepas kematian suami.
Ibu tunggal yang dikenali sebagai Siti Suryati Sani berusia 41 tahun memaklumkan kesusahan kelurganya berlaku apabila arwah suami, Khirul Azlizam Mohamed@Mohamed Daud, 41, mempunyai masalah jantung pada Januari lalu.
“Arwah suami bekerja sebagai paramedik di atas kapal (offshore) dan keadaan kesihatannya merosot pada Januari lalu disebabkan tiga saluran jantung tersumbat.
“Pada 11 Mei lalu, kakinya pula membengkak dan saya minta tolong jemaah masjid untuk bawanya ke hospital.
“Bagaimanapun, dalam masa seminggu, masalah itu merebak pada hati serta buah pinggang sebelum arwah meninggal dunia pada 26 Mei lalu,” jelasnya, dipetik Kosmo.
Menurut ibu tunggal itu, kesemua perbelanjaan untuk menanggung kos perubatan suami serta anak-anak yang berumur sekitar 10 hingga 15 tahun adalah daripada simpanan yang ada.
Terpaksa jual barang kemas untuk tanggung keluarga
Bukan hanya itu, dia juga terpaksa menjual semula barang kemas yang dimiliki untuk menanggung perbelanjaan harian mereka sekeluarga.
“Lampin dan susu anak sahaja RM400 sebulan, kalau dikira perbelanjaan kami sekeluarga, arwah sebelum ini memang bekalkan kami RM3,000 sebulan.
“Simpanan kami memang sudah habis, manakala persekolahan anak kini ditampung oleh adik-beradik saya.
“Sewa rumah pula sudah tertunggak 10 bulan dan tuan rumah minta kami untuk keluar dalam masa terdekat mungkin saya akan pindah ke rumah arwah ayah di belakang taman ini,” ujarnya lagi.
Sedang memohonon pencen penakat untuk kurangkan beban
Katanya lagi, dia juga dalam proses untuk membuat pemohonon pencen penakat arwah suami bagi membantunya untuk mengurangkan beban memandangkan tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak-anak.
“Anak saya berusia 13 tahun yang bersekolah di tahfiz juga terpaksa menangguhkan pengajian bagi membantu menjaga adik-adik dan bapanya ketika masih dirawat di hospital,” katanya.
Orang ramai yang mahu membuat sumbangan untuk membantu ibu tunggal ini boleh salurkan ke akaun Maybank 104068086569 di atas nama Siti Suryati Sani.