“Harap Dia Tak Mohon Maaf..” – Pelawak Amerika Syarikat Sokong ‘Lawak MH370’ Jocelyn Chia
Malah Chrissie Mayr yang kurang dikenali dilihat terus mengeluarkan beberapa kenyataan seolah-olah mahu mengumpan lebih ramai netizen Malaysia untuk meninggalkan ciapan balas di akaun Twitter miliknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang pelawak dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Chrissie Mayr mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila tampil mempertahankan lawak biadap Jocelyn Chia berhubung tragedi MH370 baru-baru ini.
Dia dalam satu ciapan di Twitter berkata, tugas pelawak hanyalah untuk menjadi seorang yang lucu dan bukannya mengelakkan topik yang boleh menyentuh sensitivitii.
“Bukan tugas pelawak untuk mengelak topik tertentu yang menyentuh sensitiviti.”
Malah lebih mencuri perhatian apabila dia menzahirkan harapan agar Chia tidak memohon maaf di atas lawaknya sebelum ini.
“Saya harap Jocelyn tidak memohon maaf untuk lawak hebat ini,” ciap Mayr lagi.
It’s not the comedian’s job to avoid certain topics that trigger the sensitive- it’s their job to be funny.
— Chrissie Mayr🇺🇸 (@ChrissieMayr) June 8, 2023
I really hope Jocelyn doesn’t apologize for this great joke. pic.twitter.com/n6bHPihpqm
“Lawak Chia menghiburkan” – Mayr
Mayr menerusi satu lagi ciapan berbeza turut menyifatkan lawak Chia sememangnya menghiburkan.
Jelasnya, orang ramai seharusnya tidak pergi ke kelab komedi atau menontonnya secara dalam talian sekiranya tidak kuat mendengar lawak sedemikian.
“Jika kamu tidak cukup kuat jangan ke kelab komedi atau mendengar lawak dalam talian.”
Bersama kenyataan tersebut, dia turut berkongsi video pelawak terkenal negara, Harith Iskander yang sebelum ini membidas Chia di atas tindakannya yang disifatkan tiada empati.
The comedian’s job is to be funny not to tip toe around everyone’s triggers. Jocelyn’s joke was undeniably well written and hilarious.
— Chrissie Mayr🇺🇸 (@ChrissieMayr) June 8, 2023
If you’re not strong enough don’t go to a comedy club or listen to jokes online. pic.twitter.com/72Y2wK90Uv
Kenyataan yang dikeluarkan Mayr kemudiannya mencetuskan kemarahan rata-rata rakyat Malaysia di Twitter.
Sehubungan itu ramai yang mula membidas Mayr di Twitter dengan mengatakan apa yang dipersembahkan Chia bukanlah lawak sebaliknya lebih menjurus kepada ‘hate speech’.
Sedar dirinya mula menjadi perhatian, pelawak ini kemudian berterusan mempertahankan dirinya dengan memuat naik beberapa lagi ciapan.
Sengaja keluar lebih banyak kenyataan untuk mengumpan netizen
Malah dia dillihat terus mengeluarkan beberapa kenyataan panas seolah-olah mahu mengumpan lebih ramai rakyat Malaysia untuk meninggalkan ciapan balas di akaunnya.
Now the Malaysians are after me for tweeting support of Jocelyn and her joke. 😂😂😂
— Chrissie Mayr🇺🇸 (@ChrissieMayr) June 9, 2023
Is the lack of a sense of humor a cultural thing? I’m honestly asking pic.twitter.com/46iOvWCJVU
Semakan kami di Twitter mendapati ada yang menyokong kenyataan Mayr khususnya netizen dari dunia barat.
Namun ada juga segelintir yang tidak bersetuju dengannya.
Reaksi dari majoriti netizen Malaysia bagaimanapun dilihat lebih senada apabila terus membidasnya.
Setakat artikel ini ditulis, perang di Twitter masih lagi berlangsung.
Terdahulu kerajaan Singapura memohon maaf di atas tindakan biadap pelawak berkenaan.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dalam satu kenyataan bagaimanapun menjelaskan Chia kini bukanlah warga Singapura.