“Jagalah Status Sebagai Agamawan” – Kerap Buat Konten Joget Dengan Isteri, PU Syed Tegur Da’i Syed [Video]

Seperti yang ramai ketahui, pendakwah selebriti Da’i Syed telahpun mendirikan rumah tangga bersama seorang personaliti TV, Hana Ismail pada tahun lalu.

Malah sejak kebelakangan ini, pasangan bahagia itu sering dilihat memuat naik video menari bersama dengan berlatarbelakangkan lagu Bollywood di media sosial.

PU Syed tampil beri nasihat dan teguran pada Da’i Syed

Pun begitu, baru-baru ini pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberi nasihat dan teguran kepada Da’i Syed berhubung video tersebut.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, PU Syed berkata Da’i Syed sepatutnya menjaga status yang dipegangnya sebagai seorang yang bergelar agamawan.

“Untuk isu Da’i Syed bersama isteri dia menari dan sebagainya, saya nasihatkan dan saya tegur kepada adinda Da’i Syed agar jagalah status kita sebagai seorang yang membawa ‘title’ agamawan, yang mungkin kita menyampaikan tazkirah, menyampaikan peringatan kepada masyarakat.”

PU Syed

Da’i Syed harus jaga akhlak dengan tidak terlalu tunjuk isteri di media sosial

Menurutnya lagi, Da’i Syed haruslah menjaga akhlaknya dengan tidak terlalu mempamerkan isterinya di media sosial.

“Nak berjoget boleh silakan, tapi jangan tunjuk dengan masyarakat yang akhirnya ada yang sokong dan mungkin ada yang akan cakap kenapa ustaz macam ni berjoget-joget,” katanya.

Boleh sebabkan golongan asatizah mendapat fitnah

Jelas PU Syed lagi, isu ini boleh menyebabkan berlakunya fitnah yang akan diterima oleh golongan-golongan asatizah (ustaz/ustazah).

“Jadi saya nasihatkan kepada adinda Dai Syed yang saya sayangi, moga kita dapat berubah. Anda orang hebat, jadi kita berubah jadi lebih hebat lagi dengan kita menjaga adab tatasusila agar tidak terpalit fitnah,” katanya lagi.

Sementara itu, tinjauan kami di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan nasihat serta teguran yang diberikan oleh PU Syed kepada pendakwah selebriti muda itu.

Malah segelintir netizen juga turut berharap agar Dai Syed insaf dengan nasihat yang telah diberikan ini.

“Moga Dai Syed ini insaf, dah lama aku perhati”

“Finally, Alhamdulilah ada ustaz tegur”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

2 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

2 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

2 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

3 hours ago
  • Trending

“Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

Sebelum memasuki tandas, lelaki itu turu menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti…

4 hours ago
  • Gaya Hidup

ZCOVA Lancar Outlet Pertama Di Lembah Klang & Koleksi Edisi Terhad, “Isla”

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 bersih, dan varian Lapis Lazuli pada harga…

4 hours ago