“Tiada Lagi Konten Acah Bagus” – Founder Misi Rakyat Akui Tersilap Langkah, Ingin ‘Restart’ Semula

Nama platform digital iaitu Misi Rakyat mula mendapat perhatian ramai selepas berjaya membantu beberapa insan memerlukan melalui kutipan wang daripada orang ramai.

Malah, Misi Rakyat sebelum ini juga tular selepas berjaya meraih RM9 juta untuk menampung kos perubatan Baby Naail yang menghidap penyakit Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1.

Bagaimanapun, kebelakangan ini nama Misi Rakyat mula kurang sedap didengari selepas pihak itu mula memperkenalkan satu lagi inisiatif yang akan dilakukan mereka iaitu Misi Farms.

Segelintir netizen mendakwa perkara itu dilihat agak meragukan sehingga pihak Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai agar berhati-hati dengan crowdfunding yang dilakukan.

Hentikan Misi Farms, pulangkan semula duit sumbangan orang ramai

Susulan itu, pengasas Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi terpaksa memulangkan semula lebih RM400,000 wang kutipan oleh orang ramai selain menghentikan Misi Farms itu dengan serta merta.

Hari ini (3 Julai) Nur Ahmad Faiz memuat naik satu lagi hantaran di Instagram dengan mengakui dia telah tersilap langkah dan ingin memulakan semula cita-citanya untuk membantu rakyat dengan cara yang betul.

“Tamat sudah segala isu berkaitan saya si Tanjak. Saya mahu restart semula dengan cara yang betul. Saya setuju dengan semua kritikan yang dikongsikan oleh banyak pakar kewangan, pakar undang-undang dan pakar IT,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ambil kira tiga perkara sebelum memulakan semula misi

Menurutnya, dia akan mengambil kira tiga perkara dalam memulakan semula misi tersebut agar tidak menyalahi undang-undang.

Tiga perkara yang akan menjadi keutamaannya dalam menggerakkan semula Misi Farms adalah guna akaun yang betul untuk sumbangan, elak lawan arus terang-terangan dan audit.

“Saya rasa sahabat media sosial yang kritik selama ini hanya memberi pendapat secara professional, cuma ada unsur-unsur perli di kalangan pengkomen sahaja.”

Pengasas Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz

Niat untuk menyatukan rakyat, tapi telah memecah belahkan ramai orang

Menurutnya lagi, niat asal dia menubuhkan misi ini adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia, namun perbuatannya itu telah memecah belahkan ramai orang.

“Jadi sebelum semua ini parah, saya restart semula tapi dengan cara saya jadi saya sahaja. Tiada lagi konten acah bagus.

“Tiada lagi terms Ekonomi/ Rakyat/ Matawang/ Kartel/ Kerajaan/ Politik dan apa juga yang sensitif. Anggap saya ini usahawan sahaja lepas ini.

“Saya harap anda semua pun jangan kaitkan saya dengan politik dah. Saya akan teruskan Misi Farms tapi saya akan buka hab guna duit sendiri satu persatu untuk bantu saudara yang selama ini catu makanan,” tulisnya lagi.

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

7 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

11 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

11 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

11 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

11 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

12 hours ago