fbpx

Ubat Batuk & Selsema Jadi ‘Penawar’ Bagi Golongan Yang Sukar Tidur Malam

Sifat ubat batuk dan ubat selsema yang memberi kesan mengantuk memudahkan sesetengah individu yang alami masalah insomnia untuk tidur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Insomnia merupakan masalah kesukaran tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti bagi sesetengah individu. Lazimnya, masalah ini dihadapi oleh warga emas dan juga golongan dewasa yang sedang bekerja.

Antara penyebab utama menyumbang kepada gejala ini adalah disebabkan perubahan hormon terutamanya dalam kalangan warga emas dan juga tekanan serta kebimbangan yang dihadapi oleh sesetengah individu.

Ubat Batuk Jadi Penawar Insomnia Buat Sesetengah Individu

Bagi mengatasi masalah kesukaran untuk tidur, terdapat juga segelintir individu menjadikan ubat batuk sebagai penawar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

Seorang Penganalisis Data yang dikenali sebagai Ahmad menjadikan ubat batuk sebagai penawar setelah mencuba pelbagai cara untuk tidur.

Dia yang berusia 30 tahun itu mendakwa walaupun telah melakukan pelbagai cara seperti menjadikan persekitaran bilik tidur berada dalam keadaan yang malap serta membaca sebelum tidur tetap tidak boleh membuatkan dia untuk tidur dengan nyenyak.

Dia yang telah mengalami kesukaran untuk tidur sejak beberapa tahun lalu memilih ubat batuk kerana kemudahan untuk memperolehinya di farmasi tanpa kawalan.

“Saya sedar akan kesan sampingan yang bakal dihadapi, namun saya tiada pilihan,” katanya.

Semasa membuat pembelian, dia akan menyatakan simptom yang dihadapi bagi membolehkannya mendapatkan ubat tersebut.

“Kebiasaannya saya akan cakap yang saya mengalami sakit tekak. Selain itu, saya hanya perlu memberi maklumat perhubungan dan nombor kad pengenalan sahaja,” katanya.

Ubat Selsema Juga Pilihan Sesetengah Individu Rawat Masalah Kesukaran Untuk Tidur

Selain ubat batuk, ubat selesema juga menjadi pilihan dan alternatif buat sesetengah individu yang mengalami kesukaran untuk tidur.

Menurut seorang eksekutif kanan, tekanan yang dihadapi olehnya di tempat kerja telah menganggu kualiti tidur dan menyukarkan dia untuk melelapkan mata.

Sebagai jalan mudah, dia dikatakan akan mengambil ubat selsema sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam bagi mengatasi masalah tersebut.

“Satu cara mudah yang membolehkan saya untuk tidur lena adalah dengan mengambil ubat selsema,” katanya.

Pengamal Perubatan Akui Ada Permintaan Ubat Bagi Membantu Individu Untuk Tidur

Menurut seorang pengamal perubatan, ada permintaan terhadap ubat preskripsi yang membantu sesetengah individu untuk tidur.

Namun, pada masa kini, permintaan terhadap ubat berkenaan semakin berkurang akibat kawalan ketat daripada pihak berkuasa.

“Pada masa kini, untuk menjual ubat psikotropik, anda perlu mendapatkan permit tahunan khas dan dokumen yang merekodkan jualan ubat tersebut. Kebiasaannya maklumat pembeli akan direkodkan dalam buku log,” katanya.

Pada masa sama juga menurut pengamal perubatan yang lain, ubat batuk, antihistamines dan steroids merupakan antara ubat yang sering menjadi pilihan dan mendapat permintaan.

“Penyalahgunaan ubat merupakan masalah yang sering terjadi. Kebiasaannya sesetengah individu hanya akan membeli ubat jenis ini di farmasi tanpa pergi ke klinik,” katanya.

Untuk info, berdasarkan kajian kerjasama di antara Univerisiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2021 yang dilakukan ke atas 11,356 orang bekerja mendapati, 57.7% golongan ini mempunyai tidur yang tidak mencukupi iaitu kurang daripada tujuh jam sehari.

Malah, keputusan ini menunjukkan kadar tidur yang kurang dalam golongan dewasa di negara ini lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat dan Australia di mana kadarnya hanya 34.8% dan 24%.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.