fbpx
Now Reading
‘Tak Sia-Sia Tengok Drama Korea’- Gadis Ini Jadi Penterjemah Bantu Orang Korea Beli Durian [Video]

‘Tak Sia-Sia Tengok Drama Korea’- Gadis Ini Jadi Penterjemah Bantu Orang Korea Beli Durian [Video]

Gadis berkenaan dipercayai mempelajari bahasa Korea melalui K-Drama yang ditonton olehnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Drama korea atau K-Drama telah berjaya mendapat tempat di hati ramai penonton termasuk di Malaysia.

Plot cerita yang menarik dan tidak ‘cliché’ ditambah dengan pelakon-pelakon yang berkualiti menjadi antara faktor K-Drama mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Namun, ada segelintir individu yang mendakwa menonton K-Drama tidak mendatangkan kebaikan dan faedah kepada peminat drama ini.

Jangan tak percaya, dengan hanya menonton K-Drama telah menjadikan seorang gadis tempatan ini fasih berbahasa Korea.

Fasih Berbahasa Korea, Bantu Orang Korea Beli Durian

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @anisrohaizad, kelihatan gadis berkenaan sedang berbahasa Korea bersama seorang wanita yang didakwa berasal daripada negara Korea Selatan.

Video yang telah mendapat lebih daripada 600 ribu tontonan itu menarik perhatian warganet kerana kefasihan gadis itu berbicara dalam bahasa Korea bersama wanita asing berkenaan.

Menerusi ruangan video yang dimuat naik, dia mendakwa hanya belajar melalui K-Drama yang ditonton untuk fasih berbahasa Korea.

“Tak sia-sia kau tengok cerita Korea,” tulisnya di video berkenaan.

Perbualan antara mereka dipercayai mengenai buah durian yang dijual di gerai berkenaan. Malah menerusi video tersebut, kelihatan peniaga durian yang sedang cuba memahami apa yang diperkatakan oleh kedua-dua gadis itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kemahiran yang diperolehi oleh gadis berkenaan.

Malah, ada di antara netizen yang terhibur dengan reaksi yang diberikan oleh peniaga durian ketika perbualan antara gadis itu berlangsung.

Berikut antara komen netizen:

Dia Tengok Cerita Korea Boleh Bercakap Korea, Yang Aku Sampai Sudah Tak Boleh Cakap

Hebat, Berbaloi Tengok Cerita

Siapa Cakap K-Drama Itu Buang Masa, Aku Sampai Dah Bolehla Cakap Korea Sikit-Sikit

Tercengang Pak Cik Dekat Tengah-Tengah Tu

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.