Tindakan Pekerja Shopping Mall Pulangkan Duit RM18K Yang Dijumpai Dalam Troli Raih Pujian Ramai

Melakukan kebaikan dan bersikap jujur bukan sahaja amalan mulia malah ia adalah satu perkara yang dituntut dalam setiap agama.

Malah individu yang mempraktikan sikap jujur dan baik dalam kehidupan sentiasa disenangi oleh masyarakat. Ini kerana rata-rata mereka pasti sanggup membantu orang lain yang dalam keadaan memerlukan.

Pekerja pulangkan duit RM18,000 yang dijumpai dalam troli

Baru-baru ini tular satu hantaran pusat membeli-belah, Aeon Delight di Facebook yang memaklumkan tentang kejujuran salah seorang pekerjanya sehingga menjadi perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut Aeon memaklumkan bahawa staf yang dikenali sebagai Ram Akawal Mandal telah menjumpai sebuah beg yang mempunyai wang tunai bernilai RM18,000 serta dokumen peribadi di dalam sebuah troli di parkir kereta Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju.

Dia kemudian bertindak untuk menyerahkan beg tersebut ke kaunter khidmat pelanggan sebelum ia dipulangkan semula kepada seorang wanita yang merupakan tuan empunya barangan itu.

Tiada sehelai wang yang dicuri, pelanggan minta Ram diberikan anugerah

Selepas diperiksa jumlah wang di dalam beg berkenaan, wanita itu memaklumkan jumlah wangnya tidak berkurangan dan meminta agar pekerja itu diberikan anugerah atas sikap jujurnya.

“Sebagai tanda terima kasih atas sikap jujur dan amanah staf kami, pelanggan tersebut meminta agar syarikat memberikan penghargaan kepadanya sebagai pekerja yang jujur dan amanah,” tulisnya.

Malah pihak pusat membeli belah itu turut mengucapkan tahniah atas kejujuran pekerja berkenaan selain memaklumkan mereka bangga dengan sikap integriti yang dimilikinya.

Hasil semakan kami, hantaran mengenai Ram Akawal telah dikongsikan pada 24 Jun di laman rasmi Aeon Delight Malaysia namun baru sahaja tular di media sosial.

Ram diraikan sebagai penghargaan kerana mempunyai integriti yangi tinggi

Dalam satu lagi hantaran pada 27 Jun yang lalu, Chief Operating Oficer (COO) syarikat tersebut telah mengadakan satu majlis makan tengah hari bersama Ram Akawal untuk menghargai sumbangan yang diberikannya.

“Tahniah kepada Ram Akawal Mandal kerana telah menunjukkan satu standard integriti yang tinggi di tempat kerja!

“Ia memerlukan dedikasi serta kerja keras untuk mempunyai prinsip sebegitu,” ujarnya.

Mereka juga berharap agar Ram meneruskan sikap jujur itu dan bekerja dengan baik.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Ram dan mengucapkan tahniah dan berasa bangga dengan tindakannya.

“Kejujuran adalah identiti seseorang yang sebenar, selamat maju jaya”

“Tahniah kerana telah menunjukkan kejujuran anda dan teruskannya”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

12 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago