Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Bergelar seorang ibu bapa, salah satu keutamaan di saat ini pastinya keperluan dan keselesaan anak-anak.
Disebabkan itu ramai yang sanggup berhabis tenaga dan wang ringgit demi memastikan anak kesayangan dibesarkan dengan sempurna.
Namun siapa sangka seorang lelaki sanggup menghabiskan wang sebanyak RM23,000 hanya untuk membeli stroller buat bayinya yang bakal dilahirkan.
Kisah lelaki berkenaan tular selepas video dia membeli stroller berkenaan dari sebuah butik ternama dikongsikan isterinya di TikTok.
Menurut isterinya, Afini Safien dia begitu terharu dengan tindakannya suaminya selain menyifatkan ia adalah rezeki buat bayi yang sedang dikandungnya itu.
“Terima kasih suami. RM23,000 melayang untuk kereta baby sampai termimpi mimpi memang kena beli. Nanti kempunan pulok katanya suami. Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalau beli stroller ni kena beranak lagi tiga tahun akan datang,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi video tersebut kelihatan wanita berkenaan bersama suamiya sedang melakukan unboxing stroller berkenaan yang difahamkan telah ditempah bulan lalu.
Perkongsian itu ternyata mencuri perhatian netizen memandangkan harga kereta sorong bayi itu hampir sama dengan Perodua Axia versi ‘Rahmah’ yang baru sahaja dilancarkan.
Namun ada juga yang tumpang dengan hadiah tersebut dan menyifatkan ia satu bukti adanya anak muda yang berjaya pada masa kini