
Muhyiddin Yassin Pelihara Ayam Atasi Masalah Bekalan Telur [Video]
Menerusi ucapan dalam pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional Negeri Sembilan, Muhyiddin menyatakan bahawa dia telah mula memelihara ayam sebagai usaha untuk mengatasi bekalan telur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) kian terasa setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian bagi enam negeri iaitu pada 12 Ogos 2023.
Enam negeri yang terlibat adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Manakala, tarikh penamaan calon bagi setiap perwakilan diumumkan akan dilaksanakan pada 29 Julai 2023.
Ekoran daripada pengumuman berhubung PRN ini, semakin banyak kempen yang dijalankan oleh setiap parti politik dalam usaha untuk meraih undi.
Baca Artikel Berkaitan: PRN: SPR Umum 12 Ogos Hari Mengundi & 29 Julai Penamaan Calon [Video]
Masalah Kos Sara Hidup & Bekalan Makanan Sebagai Agenda Utama Perikatan Nasional
Menerusi pelancaran jentera pilihan raya Perikatan Nasional Negeri Sembilan yang diadakan pada malam semalam (9 Julai), Pengerusi Parti Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetengahkan masalah utama yang dihadapi oleh rakyat iaitu kos sara hidup.
Menurut beliau, dapatan itu hasil kajian yang dijalankan ke atas 1,200 responden.
“Jawapan yang paling jelas adalah masalah pertama, adalah masalah kos sara hidup, masalah harga makanan yang tidak berhenti-henti, masalah bekalan makanan tak cukup, sampai telur pun tak cukup,” ujar beliau dalam ucapannya.
Mula Pelihara Ayam Telur, Atasi Masalah Kekurangan Bekalan Telur
Menerusi ucapan tersebut juga, Muhyiddin menyatakan bahawa dia telah mula menternak ayam sebagai usaha untuk mengatasi kekurangan bekalan telur.
“Saya sudah mula pelihara ayam telur di kebun saya, satu hari 40 biji telur. Saya nak tunjuk boleh selesai masalah kalau kita usahakan sendiri,” kata beliau.
Namun, beliau menyedari tidak semua individu berkemampuan atau mempunyai kemudahan tanah bagi menternak ayam.
Terima Rungutan Dari Peniaga Tentang Kenaikan Harga Barang
Menerusi ucapan di majlis pelancaran jentera itu juga, beliau mendakwa terdapat rungutan tentang kenaikan harga barang yang mendadak ketika beliau membuat tinjauan di beberapa gerai di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
“Saya kata (harga barang) mahal, mereka kata semuanya naik, saya tanya apa yang turun, dia kata hujan yang turun,” ujarnya.
Malah, beliau juga mendakwa, ketika zaman pentadbirannya, harga ayam hanya RM6.40 sekilo berbanding pada masa kini yang dijual dengan harga RM10 sekilo.
“Saya tanya harga ayam berapa? RM10 lebih sekilo, zaman saya jadi menteri dulu RM6.40. Dia cakap itu zaman Tan Sri dulu, memang naik (tapi) naik (sekarang) RM10 sekilo,” ujar beliau lagi.
Tan Sri Muhyiddin Yasin yang merupakan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Pagoh itu juga menerusi ucapannya ketikan pelancaran jentera itu turut mempersoalkan langkah yang diambil oleh kerajaan semasa dalam usaha untuk menurunkan kos sara hidup.
Bagi beliau, ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, antara langkah yang diambil dalam mengawal kenaikan harga barang antaranya adalah melalui Akta Kawalan Harga 1946.
Baca Artikel Berkaitan: Panas Isu Ayam, Telur Mahal & Kurang Stok, Tauke Ayam Perjelas Apa Sebenarnya Terjadi