Anak Buat Kejutan Jadi Pilot Untuk Penerbangan Ibu Ke Tanah Suci Tunai Haji [Video]

Seorang wanita dalam perjalanan menunaikan ibadah haji terkejut kegembiraan selepas mengetahui juruterbang yang membawa pesawat dinaiki olehnya merupakan anaknya sendiri.

Menurut juruterbang yang dikenali sebagai Abdallah Bahey, 31, berkata perkara tersebut merupakan impian ibunya sejak dahulu lagi.

“Dia menghabiskan seumur hidupnya untuk kami dan ini adalah antara impiannya untuk terbang bersama saya pada suatu hari nanti,” katanya.

Juruterbang buat kejutan sambut ketibaan ibu di dalam pesawat

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik olehnya di Instagram, Abdallah dilihat membuat kejutan dengan menyambut ketibaan ibunya di dalam pesawat yang akan menuju ke Mekah.

Kata Abdallah, dia bersama rakan-rakannya mengatur kejutan berkenaan tanpa memberitahu ibunya sebelum dia keluar bekerja pada pagi itu, lapor Islamifynews.

Pekara tersebut adalah momen paling tepat dan bermakna

Jelasnya, perkara tersebut merupakan antara momen yang paling tepat dan penuh bermakna buat dirinya sebagai seorang pembantu juruterbang di EgyptAir.

“Seperti biasa hari itu saya mengenakan uniform kerja dan meninggalkan rumah bersama-sama ibu ke lapangan terbang untuk ke Tanah Suci.

“Saya tidak menjelaskan perkara sebenar, hanya memberitahu akan menghantarnya (ibu) di lapangan terbang kerana perlu bersama kru penerbangan EgyptAir ke Kuwait.

“Namun, sebaik ibu melihat saya menyambutnya di pintu pesawat, dia kelihatan terkejut seperti tidak menyangka saya berada dalam kapal terbang yang sama,” katanya lagi.

Jadi Senior First Officer bawa ibu ke Tanah Suci

Abdallah yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Kedua (Second Officer) di syarikat penerbangan lain kini menjadi Pegawai Pertama Kanan (Senior First Officer) di EgyptAir sekaligus membuat kejutan kepada ibunya dengan membawa wanita itu ke Tanah Suci.

“Inilah impian pertama saya iaitu untuk menjadi juruterbang dan berjaya tercapai dalam tempoh 10 tahun, keduanya ialah ingin membawa ibu menunaikan haji,” ujarnya.

Abdallah menyertai EgyptAir sebagai juruterbang pada 2022

Difahamkan, Abdallah merupakan seorang graduan daripada sebuah Kolej Penerbangan pada tahun 2012 dan mula menyertai EgyptAir pada tahun lalu.

Berdasarkan video tular itu, ibunya yang dikenali sebagai Amal Shawky berumur 57 tahun kelihatan tergamam seketika selepas melihat anaknya menyambut di pintu masuk kapal terbang berkenaan.

Kedua-dua beranak itu kemudiannya berpelukan dan ibunya menitiskan air mata kegembiraan kerana impiannya tercapai.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

15 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago