
Hanya 4 Minit Bersama, Video Collab Sofyank Dengan Chris Hemsworth & Sam Hargrave Raih Pujian [Video]
Pada bulan Jun yang lalu, Sofyank pernah membuat pengumuman berhubung kolaborasinya bersama Chris Hemsworth dan Sam Hargrave.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penantian orang ramai untuk melihat video kolaborasi pencipta kandungan digital visual effects (VFX) atau kesan khas, Mohamad Sofian Abdullah atau Sofyank bersama Chris Hemsworth dan Sam Hargrave akhirnya berakhir apabila dia berkongsikan video berkenaan.
Video kolaborasi berdurasi 50 saat itu telah dimuat naik menerusi kesemua platform media sosial milik beliau.
Hanya Diberi Masa Empat Minit, Turut Berpeluang Berlakon Bersama
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram @sofyank96, Sofyank hanya diberi masa empat minit bagi merakam lakonan kedua-dua pelakon hebat itu. Malah, dia juga turut terlibat sama berlakon dalam video kesan visual yang dihasilkan olehnya.
Bagi Sofyank, ia merupakan pengalaman berharga yang diberikan oleh pihak Netflix Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang buatnya untuk bekerjasama dengan kedua-dua pelakon hebat itu.
“Alhamdulillah pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa shooting bersama Chris dan Sam,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Sofyank juga turut berkongsi kepada peminat bahawa video yang dihasilkan mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan.
Hasil video
Alhamdulillah berbekalkan masa 4 minit dan setup junket hari tu, saya cuba siapkan video efek khas yang saya shoot bersama Chris dan Sam. Harap korang enjoy dengan hasil kali ini 🤍 pic.twitter.com/qWboQDmKfV
— sofyank96 (@sofyank96) July 15, 2023
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan bangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh beliau.
Terbaik Brother, Takde Ke Mana-Mana Dato Nak Sponsor Dia Buat Filem?

Thorbaikkk


Padu Piannn

Level Oversea Dah Ni Pian


Untuk info, pada bulan Jun yang lalu, Sofyank pernah membuat pengumuman berhubung kolaborasinya bersama Chris Hemsworth dan Sam Hargrave.
Kolaborasi ini merupakan peluang yang diberikan oleh Netflix Malaysia sebagai promosi filem Extraction 2 yang sedang ditayangkan di platform penstriman itu.
Baca Artikel Berkaitan: