Ramai Terpegun Iqbal Zulkefli Berjaya Sambung Baca Surah Al-Insan Ketika Diterjah [Video]

Sebagai umat Islam kita perlu beriman kepada al-Quran malah Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berpanjangan buat mereka yang menghafaz dan membacanya.

Ini kerana kitab suci al-Quran bukan sahaja mempunyai darjat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT bahkan ia sentiasa menjadi rujukan umat Islam.

Video Iqbal hafal surah al-Insan undang perhatian

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan usahawan, Iqbal Zulkefli yang menghafaz satu surah di dalam al-Quran dengan lancar sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh usahawan berkenaan di Instagram, pada awalnya datang seorang individu menerjahnya untuk mengambil gambar.

Namun sebelum meneruskan agenda itu, dia meminta Iqbal untuk menyambung ayat al-Quran yang dibacanya.

Lelaki itu kemudian menghafaz surah al-Insan yang dimulakan dengan ayat yang pertama dan lalu disambung oleh Iqbal sehingga ke ayat yang ke enam.

Masih berpegang pada al-Quran walau dilanda kontroversi

Menurut Iqbal walaupun sering dilanda kontroversi tetapi dia masih berpegang kepada al-Quran.

Malah dia turut menyatakan kali terakhir menghafal surah itu adalah ketika berumur 14 tahun dan tidak sangka ia masih kuat diingatannya.

“Pertama kali orang terjah saya tanya soalan ini. Jangan risau diri saya tidak pernah hilang sama seperti dahulu.

“Kali terakhir saya hafal surah al-Insan pada usia 14 tahun dulu. Saya sangka saya lupa rupanya ia masih kuat berjalan dalam kepala saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja dan terpegun sebaik sahaja melihat video dan ada juga yang sempat berseloroh bahawa Iqbal adalah imam yang dicari selama ini.

“Itulah yang ‘mahal’ tentang diri kau Bal, keep it up”

“Akhirnya saya dah jumpa imam saya. Bal saya pandai mop laut”

“Wah bolehlah pimpin inspektor Sheila dalam Islam”

“MasyaAllah terpegun saya, santai je surah al-Insan”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

9 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

9 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

10 hours ago