Seorang lelaki di Nigeria hilang penglihatan buat sementara waktu gara-gara menangis selama seminggu tanpa henti kerana ingin memecahkan rekod dunia Guinness (Guinness World Records).
Dia yang dikenali sebagai Tembu Ebere mengalami sakit kepala, muka bengkak dan mata yang sembab sebelum buta selama 45 minit, lapor News Direct dipetik BBC.
Ebere yang juga seorang pelawak, telah menunjukkan usahanya untuk memecah rekod tersebut menerusi aplikasi TikTok.
Malah untuk mencapai misinya Ebere turut meminta para pengikutnya untuk menghantar cerita dan masalah mereka kepadanya untuk ditangisi.
Ebere ketika melakukan perkara itu telah duduk meraung sambil memegang kepalanya dan meletakkan jam yang menunjukkan durasi selama dua jam dan tujuh minit.
Video lelaki itu bagaimanapun telah mendapat sebanyak 5.3 juta tontonan di TikTok seluruh dunia. Malah segelintir dari yang melihatnya turut cuba menenangkannya dengan memberi semangat.
“Terus, anda pasti boleh lakukannya,” kata salah seorang dari penonton.
Ebere turut menyatakan dia perlu menyusun semula strategi dan mengurangkan ratapan sambil memaklumkan dia nekad untuk menangis demi mencapai matlamatnya.
“Saya terpaksa menyusun semula strategi dan kurang meratap ,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, BBC tidak menyatakan apakah punca sebenar Ebere menjadi buta buat sementara namun ia berkemungkinan disebabkan sakit kepala dan tekanan yang dialaminya di bahagian mata.
Akan tetapi di sebalik kesusahan yang alami oleh lelaki itu, dia bagaimanapun tidak mendaftar usaha tersebut di Guiness World Records. Oleh itu, usaha kerasnya tidak akan diiktiraf.
Maka Ebere mengeluarkan video memaparkan dirinya melakukan cabaran itu menerusi media sosial.
Hasil semakan kami di TikTok @237_towncryer video itu telah dimuat naik pada 11 Julai lalu sebelum menjadi tular.
Cubaan itu dilakukan Ebere selepas seorang cef berumur 26 tahun yang dikenali sebagai Hilda Baci membuat percubaan memecah rekod di negara berkenaan dengan melakukan marathon memasak selam empat hari sehingga ia menarik perhatian ramai.
Hilda Baci yang cuba untuk memasak selama 100 jam tanpa henti dan perkara itu kemudian diikuti secara meluas oleh Guinness World Records di laman rasminya sehingga ia tidak boleh diakses selama dua hari.
Malah dia berjaya melakukannya selama 93 jam mengalahkan cook-a-thon di India pada tahun 2019.
Selain itu, seorang guru sekolah yang dikenali sebagai John Obot turut memaklumkan kepada BBC dia akan cuba untuk membaca buku klasik dengan kuat selama 140 jam pada bulan September ini.
“Motivasinya adalah untuk mempromosikan budaya membaca di kalangan penduduk di Nigeria,” katanya.
Manakala bagi percubaan untuk memecah rekod yang lain mempunyai respon yang kurang menyenangkan apabila ia disifatkan menyinggung perasaan.
Percubaan rekod dunia yang dicadangkan untuk bercium telah diharamkan di negeri Ekiti dan pihak berkuasa menyatakan pihak penganjur akan dijatuhkan hukuman penjara jika masih mahu meneruskannya.
“[The] ‘Kiss-a-thon’ sebagai acara bukan sahaja tidak masuk akal, tidak bermoral tidak sihat selain mampu menjatuhkan imej Ekiti,” kata pihak Kementerian Kebudayaannya.
Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…
Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…
Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…
Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…
Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…
Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…