fbpx
Now Reading
Ini Kelebihan & Keistimewaan Di Hari Asyura [Video]

Ini Kelebihan & Keistimewaan Di Hari Asyura [Video]

Antara kelebihan Hari Asyura adalah ibadah yang dilakukan bersamaan dengan ganjaran selama setahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui di dalam kalendar Islam kita sudah pun memasuki bulan pertama tahun baru 1445 Hijrah Muharam1445 hijrah.

Ketika bulan Muharam banyak amalan serta kelebihan yang boleh dilakukan oleh umat Islam antaranya adalah berpuasa pada Hari Asyura.

Hari Asyura adalah hari ke-10 Muharam di mana umat Islam digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat seperti berpuasa, bersedekah, serta banyak lagi dan ia bakal disambut pada Jumaat ini, 28 Julai.

Kelebihan hari mulia ini turut dikongsikan di TikTok oleh penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don yang menyatakan semua umat Islam disunatkan untuk berpuasa pada hari berkenaan.

Ini kerana ia adalah saranan daripada Nabi Muhammad SAW kerana terdapat banyak kelebihan.

#1 Taubat diterima

Foto: Pexels

Menurut Ustaz Don, Siti Aishah R.A meriwayatkan Baginda Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa dalam keadaan mahukan kelebihan yang teramat sangat melainkan ketika Hari Asyura.

Malah Rasulullah SAW bersabda di dalam hadis lain para anbiya sebelum daripadanya pasti akan berpuasa pada hari tersebut.

Ini kerana dosa diampunkan dan taubat akan diterima pada Hari Asyura bagi satu tahun yang lalu. Oleh itu kita digalakkan untuk berpuasa dan memperbanyakkan solat seperti solat sunat.


وَسُئِلَ عن صَوْمِ يَومِ عاشُوراءَ، فَقالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الماضِيَةَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari ‘Asyura’. Maka, Baginda menjawab: ‘Puasa itu menghapuskan dosa setahun yang lalu.‘” (Abu Qatadah al-Ansari)

Menurut Maktabah al Bakri, gurunya Syeikh Dr Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti menyatakan permasalahan dosa yang dihapuskan ada dalam kalangan ulama yang mengkhususkan hanya dosa yang dihapuskan adalah dosa-dosa kecil.

“Namun, zahir nas menunjukkan kepada penghapusan dosa secara umumnya, meliputi dosa kecil dan besar. Inilah pendapat yang dipilih oleh sebahagian guru-guru kami dan zahir hadith menunjukkan kepada perkara tersebut.

#2 Setiap amalan bersamaan selama satu tahun

Bagi umat Islam yang berpuasa ketika Hari Asyura ia bersamaan seperti mereka berpuasa selama setahun.

Malah amalan berpuasa pada bulan Muharam adalah lebih afdal selepas bulan Ramadan seperti dalam riwayat Abu Hurairah R.A, Rasulullah bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ 

Maksudnya: “Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharam.” ,

Selain berpuasa perkara ini sama sekiranya seseorang itu melakukan ibadah sedekah di Hari Asyura ia bersamaan seperti seseorang itu bersedekah selama setahun.

Ujar Ustaz Don amalan yang di lakukan di Hari Asyura bersamaan dengan amalan setahun.

Oleh itu, sebagai umat Islam marilah kita melakukan ibadah sebanyak yang boleh.

@ddaniyaldbiyajid

Pengumuman penting! Hari jumaat ni 28/7/2023 bukan sahaja penghulu segala hari tapi tarikh tersebut juga jatuh pada 10 Muharram iaitu hari Asyura. Tahu tak apa kelebihan hari Asyura? Cuba tengok apa kaya ustaz Don tentang keistimewaan Hari Asyura. Semoga bermanfaat! #fyp #fypシ゚viral #fypシ #hariasyura #10muharram #puasaasyurah

♬ original sound – UDD – UDD

#3 Bulan Muharam adalah bulan mulia

Foto: Pexels

Memetik laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah yang tidak disebut pada bulan yang lain.

Oleh itu, jika sesuatu itu disandarkan kepada Allah maka ia merupakan suatu yang mulia sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah dan seangkatan dengannya.

Puasa sehari atau selepas Hari Asyura untuk menyelisihi daripada golongan Yahudi

Walau bagaimanapun, untuk melakukan ibadah berpuasa pada Hari Asyura ini kita diperintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum mahupun sehari selepasnya.

Ini agar orang Islam mempunyai perbezaan daripada golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam secara tunggal.

Perkara ini turut disebut dalam riwayat IBN Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya. (Riwayat Ahmad: 2154)


 لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya: Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharam). (Riwayat Muslim: 1134)

Sunat puasa sehari atau selepas Hari Asyura

Bagaimanapun terdapat beberapa pendapat para fuqaha berhubung puasa Hari Asyura sama ada ia perlu berpuasa sehari sebelum atau selepasnya. Sebahagian daripada para ulama menjelaskan terdapat tiga keadaan iaitu:

  • Berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.
  • Berpuasa padanya (10 Muharam) secara tunggal.
  • Berpuasa sehari dan selepasnya (lakukan pada 9, 10 dan 11 Muharam).

Namun cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengikut turutan seperti disebutkan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad (2/72) dengan cara seperti:

  • Berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya.
  • Berpuasa pada 9 dan 10 Muharam sahaja.
  • Berpuasa pada 10 Muharam sahaja.

Secara kesimpulannya, anda disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharam atau pada 11 Muharam berserta dengan puasa Hari Asyura untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.