Nak Jumpa Kekasih Punya Pasal, Wanita Potong Bekalan Elektrik Hingga Buat Kampung Jadi Huru-Hara [Video]

Bercakap tentang cinta pastinya kita semua pernah atau sedang melaluinya bersama kekasih hati.

Perasaan sayang dan rindu yang hadir apabila berjauhan adakalanya membuatkan seseorang rasa tak keruan untuk berjumpa.

Wanita sanggup potong bekalan elektrik sebab nak jumpa kekasih

Perkara itu samalah seperti apa yang dirasai oleh seorang wanita dari Bettiah Bihar, India. Namun dia bertindak ekstrem apabila sanggup memutuskan bekalan elektrik seluruh kampung hanya kerana mahu berjumpa dengan kekasih hatinya.

Wanita yang dikenali sebagai Preeti Kumari itu akan memutuskan bekalan elektrik itu setiap kali dia ingin bertemu dengan teman lelaki yang bernama Rajkumar agar hubungan mereka tidak akan diketahui oleh penduduk kampung.

Tindakan pasangan akhirnya terbongkar dengan orang kampung

Namun perkara itu akhirnya terbongkar apabila pasangan tersebut ditemui oleh penduduk kampung ketika sedang berjumpa dalam keadaan gelap.

Hubungan yang dijalinkan oleh mereka bagaimanapun telah menyebabkan ketegangan antara dua kampung di Champaran Barat sejak seminggu yang lalu.

Ini kerana penduduk kampung berasa bimbang disebabkan bekalan elektrik yang kerap putus menyebabkan berlakunya kecurian di kawasan tersebut.

“Preeti pernah memotong bekalan elektrik kampung pada setiap malam dan banyak kecurian dilaporkan berlaku di kampung.

“Tindakan gadis itu membuatkan kami terganggu,” ujar Govinda yang merupakan seorang penduduk kampung di situ, lapor India Today.

Buat aduan di jabatan elektrik namun sia-sia

Oleh kerana terganggu dengan bekalan elektrik yang sering terputus, penduduk kampung kemudian membuat aduan kepada jabatan elektrik beberapa kali namun ia adalah sia-sia.

Penduduk kampung kemudian membuat keputusan untuk mencari penyelesaian sendiri untuk mengendalikan masalah itu namun mereka akhirnya menemui puncannya – iaitu pasangan berkenaan ketika mereka berada dalam keadaan gelap.

Orang kampung kemudian bertindak menyerang teman lelakinya dan Preeti cuba untuk menyelamatkannya dari terus dipukul. Malah video memaparkan Rajkumar dipukul kumpulan anak muda turut menjadi tular di media sosial.

Pasangan akhirnya berkahwin

Salah satu di dalam video yang tular turut memaparkan sekumpulan lelaki bertanya kepada Preeti siapakah lelaki berkenaan dan dia tetap cuba untuk mempertahankan Rajkumar daripada kumpulan berkenaan.

Tidak mahu perkara sama berulang kembali, orang kampung kemudian menyarankan agar pasangan itu berkahwin dan mereka akhirnya disatukan di sebuah kuil.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

18 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago