
Wanita Tunjuk Isyarat Lucah Selepas Hampir Terlibat Kemalangan Gara-Gara Sebuah Kenderaan [Video]
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan menunjukkan isyarat lucah kepada kereta Waja selepas hampir terbabas melanggar kenderaan lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan meskipun telah mengaplikasikan setiap saranan keselamatan ketika berada di jalan raya namun kemalangan tetap sahaja boleh berlaku.
Ini kerana, adakalanya kemalangan itu berlaku disebabkan oleh kecuaian pengguna lain yang tidak disengajakan atau secara sengaja.
Penunggang motosikal wanita tunjuk isyarat lucah
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang penunggang motosikal wanita menunjukkan isyarat lucah kerana hampir kemalangan disebabkan oleh sebuah kenderaan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Mynewshub di Twitter, pada awalnya kelihatan beberapa kereta termasuk sebuah kenderaan jenis Proton Waja yang ingin memasuki ke simpang sebelah kanan.
Kelihatan kenderaan itu seperti menunggu jalan dari bahagian seberang reda sebelum memasuki simpang kanan.
Hampir menyebabkan motosikal terbabas
Namun kenderaan itu dilihat secara tiba-tiba memasuki simpang kanan sehingga menyebabkan sebuah motosikal dari simpang sebelah kanan yang ingin melintas terkejut dan hampir terbabas melanggar kereta Proton Saga di hadapannya.
Mungkin berasa berang dengan tindakan kereta Waja berkenaan, dia kemudian telah bertindak memusingkan badannya dan menunjukkan isyarat lucah dipercayai jari tengah.
Perkara itu kemudian dilakukan sebanyak dua kali oleh wanita berkenaan sebelum membetulkan kedudukan motosikalnya dan berjalan meninggalkan lokasi itu.
Walau bagaimanapun, dipercayai kereta Waja berkenaan terus masuk ke simpang sebelah kanan tanpa melihat semula ke arah wanita itu.
Nah….jari tengah terus dihidangnya… pic.twitter.com/PcfiBL9g83
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 31, 2023
Ada yang salahkan penunggang motosikal
Namun di ruangan komen, orang ramai turut menyalahkan penunggang motosikal berkenaan kerana berpandangan bahawa dia yang salah kerana tidak boleh memasuki laluan berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang mengkritik tindakan beberapa kenderaan yang berhenti di bahagian petak kuning dimana ia adalah satu kesalahan.
“Eh dia yang salah”

“Ni dekat Bandar Mahkota Cheras, area sini memang macam bandar Gangzhou. Tiada common sense, bawa kereta macam tiada pedoman”
