fbpx
Now Reading
Telatah Keluarga Tertinggal Adik Di R&R Ketika Dalam Perjalanan Untuk Hantar Masuk Universiti Undang Tawa [Video]

Telatah Keluarga Tertinggal Adik Di R&R Ketika Dalam Perjalanan Untuk Hantar Masuk Universiti Undang Tawa [Video]

Adik Keyrol kemudian cuba meminta pertolongan daripada seorang lelaki untuk menghantarnya ke lokasi yang ditunggu oleh abang dan ibunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan setiap ahli keluarga termasuk ibu bapa pasti berasa gembira apabila melihat anak melangkah masuk ke alam univerisiti untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Malah disebabkan rasa teruja itu ramai yang memberi sokongan apabila ingin turut serta menghantar anak atau adik-beradik mereka ke institusi pelajaran terbabit.

Ini kerana, mereka juga tidak mahu terlepas daripada momen indah untuk menyaksikan kejayaan seseorang apabila berjaya di menara gading kelak.

Tak sangka perjalanan hantar adik ke UIA bertukar lucu

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada sebuah keluarga yang teruja menghantar adik mereka ke universiti namun tidak sangka terdapat insiden lucu yang berlaku sebelum sampai ke destinasi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @keyrolahcong di TikTok dia memaklumkan sekeluarga awalnya dalam perjalanan dengan menaiki dua kenderaan untuk menghantar adik masuk ke Universiti Islam Antarabangsa di Gambang, Pahang.

Mereka menaiki dua kenderaan untuk ke universiti berkenaan dan ketika perjalanan si adik menaiki kenderaan dipandu oleh si ibu sehingga mereka berhenti di sebuah kawasan Rawat dan Rehat yang tidak dimaklumkan lokasinya.

Baru sedar anak tertinggal, ibu berhenti tepi tunggu

Namun secara tiba-tiba ibu berhenti di tepi jalan dan memaklumkan adiknya yang akan masuk ke universiti berkenaan telah tertinggal di R&R tersebut dan ia mula disedari selepas adik lelakinya memaklumkan dia tertinggal di lokasi terbabit.

“Masuk kereta terus jalan je, sampailah adik aku call cakap ‘kenapa tinggal dia. Dia ada dekat R&R lagi’ barulah umi aku perasan dia tak ada dekat belakang,” katanya.

Mujur si adik memiliki telefon bimbit sebelum dihantar seorang lelaki

Jelas Keyrol jika adiknya itu tidak mempunyai telefon bimbit ketika itu pasti apabila sudah sampai ke universiti baru perkara itu disedari oleh ibunya.

Dia kemudian meminta adik lelakinya itu untuk minta mana-mana individu di R&R berkenaan untuk menghantarnya dan mujurlah terdapat seorang individu ingin membantu.

“Mujurlah ada sorang lelaki ini dia sama berhenti dengan aku tadi masih ada dekat situ.

“Jadi dia buat muka tebal minta tumpang kereta lelaki tu sebab satu arah,” ujarnya lagi.

@keyrolahcong

nk pergi hantar adik, adik plk tertinggal kt rnr 😂😂😂

♬ Funny Song – Cavendish Music

Ibu ucap terima kasih sudah tumpangkan anaknya

Kira-kira 20 minit kemudian telah datang sebuah kenderaan jenama Myvi dan memberikan lampu isyarat untuk berhenti ditepi jalan, adiknya lalu turun dari kereta tersebut dan si ibu mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan.

Mereka kemudian duduk di tepi jalan dan ketawa mengenangkan kisah lucu yang berlaku ketika itu.

Kelihatan muka si adik turut merah akibat menahan malu kerana terpaksa menumpang kenderaan lain untuk bertemu keluarg di tepi jalan.

“Pengajaran, tolong buat pemeriksaan dua kali sebelum bergerak ke destinasi jika tak nak jadi macam ni,” katanya ketawa.

Di ruangan komen, pemandu Myvi tersebut turut berkata mujurlah adiknya itu berani bertanya untuk meminta izin menumpang kenderaannya.

Ramai terhibur lihat gelagat keluarga berkenaan

Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang terhibur dengan kisah tersebut dan ada yang mengatakan mereka tertinggal orang penting kerana tujuan ke UIA adalah untuk menghantar adik lelaki.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman serupa seperti adik Keyrol.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.