“Pergi Halalkan Kekasih Awak”- Hafiz Mahamad Beri RM10,000 Pada Staf Untuk Belanja Kahwin [Video]

Perkahwinan merupakan satu impian yang dimahukan oleh setiap pasangan bercinta.

Meskipun tahu ia bukan mudah untuk menjadikan sesebuah hubungan halal sebagai suami isteri namun mereka tetap berusaha dengan melakukan pelbagai perkara.

Malah ada yang sanggup bekerja lebih masa, mengikat perut agar suri hati yang disayangi dapat dijadikan isteri dan hidup dalam keadaan selesa selepas mendirikan rumah tangga.

Majikan beri sumbangan RM10,000 untuk duit kahwin

Pekara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang lelaki bekerja di sebuah syarikat kecantikan ini apabila dia sanggup mengikat perut demi menghalalkan kekasihnya.

Namun siapa sangka rezeki tidak pernah salah alamat, majikan yang dikenali sebagai Hafiz Mahamad telah bertindak memberikan sumbangan bernilai RM10,000 untuk membantunya mengumpul duit kahwin.

Panggil staf dan tanya mengenai rancangan perkahwinan sebelum bagi duit

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Hafiz, awalnya dia telah memanggil staf yang bernama Zaki itu ke bilik dan bertanya bilakah dia ingin berkahwin.

Dia kemudian dengan sengaja bertanya adakah Zaki sudah memiliki wang yang cukup untuk berkahwin.

Zaki kemudian menjawab dia sedang mengumpulnya dan duit simpanan untuk itu disimpan dari gajinya.

Minta Zaki janji beberapa perkara sebelum berikan cek

Hafiz kemudian menyatakan dia ingin memberikan sesuatu kepada Zaki namun terdapat beberapa perkara yang perlu dijanjikan iaitu dia perlu menjaga bakal isteri yang bernama Sofia dengan baik. Hormati ibu bapanya termasuklah sentiasa menginggati hari jadi wanita berkenaan.

“Ini abang bagi cek, ambil duit ni. Nanti simpan buat kawin,” kata Hafiz. Cek itu kemudian diambil oleh Zaki dalam keadaan yang tidak terkata kerana terkejut dengan pemberian itu.

Mereka kemudian berpelukan dan Zaki mengucapkan terima kasih kepada Hafiz kerana memberi pelbagai peluang kepadanya antaranya adalah umrah dan wang tersebut.

Faham kepayahan dilalui pekerja untuk kumpul duit kawin

Hafiz di ruangan kapsyen menyatakan dia faham kesusahan yang dilalui seorang lelaki dalam menghalalkan orang yang tersayang.

“Staf saya ni bagus, ingat dua tahun lepas waktu interview dengar dia budak tahfiz terus saya ambil sebab bolehlah ajar kami di pejabat ini tentang agama.

“Dia kata ‘bang apa ni, umrah dah bagi ini kahwin pula’. Bukan abang bagi, ni rezeki dari amalan awak. Abang hanya dengar ‘suara hati’,” katanya.

Zaki di ruang komen turut menzahirkan rasa syukurnya terhadap pemberian tersebut.

Menjengah ke ruang komen ramai yang memuji tindakan Hafiz, selain menyatakan itu adalah rezeki Zaki.

“Masyaallah nak kawin juga rasanya, tapi belum ada calon suami”

“Hafiz ni patut dicontohi.. Dia sangat memahami pekerja-pekerja dia. Dia hargai usaha-usaha pekerja dia dan dia tahu rezeki dia dapat tu patut dikongsi dengan semua tak kira siapa”

“Ya Allah bagusnya. Paling tersentuh dengar syarat tu. Selalunya dah kerap-kerap dengar ayat bos syarat mesti jangan lupa kerja keras lagi untuk syarikat, jangan lupa naikkan jualan, jangan lupa itu ini…”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

22 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago