Honda Malaysia hari ini, 10 Ogos secara rasmi telah melancarkan Honda City 2023 (facelift) bagi pasaran tempatan.
Model sedan segmen-B ini secara ringkasnya menawarkan beberapa pembaharuan rekabentuk selain ciri-ciri terkini yang dipertingkatkan khususnya dari segi kelengkapan standard.
Namun bagi model ini, terdapat sedikit kenaikan harga selain penambahan varian baharu iaitu RS versi petrol menjadikan keseluruhan lima varian bagi edisi kali ini.
Harganya di atas jalan (OTR) pula bermula dari RM84,900 hingga RM111,900 mengikut varian:
Harga ini bagaimanapun tidak termasuk perlindungan insurans.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Hironobu Yoshimura, kini terdapat lebih 423,000 model segmen B itu di jalan raya Malaysia sejak ia mula dilancarkan pada 2002.
“City generasi ke-5, yang diperkenalkan pada 2020, meningkatkan lagi segmen B berikutan Malaysia adalah negara pertama di dunia yang melancarkan varian e:HEV RS.”
Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Hironobu Yoshimura
Tambah beliau lagi, Honda Malaysia menyasarkan penjualan bulanan sebanyak 2,400 unit bagi model tersebut selepas pelancarannya hari ini.
Honda City 2023 ini boleh didapati dalam lima warna iaitu:
Selain itu Honda turut menjadikan ciri-ciri keselamatan termaju mereka iaitu Honda Sensing satu standard untuk semua varian City ini.
Antara fungsi keselamatan yang ditawarkan Honda Sensing adalah:
*Tersedia untuk model varian RS e:HEV dan Petrol sahaja.
Honda turut menawarkan Honda Connect iaitu sambungan telefon pintar buat dua varian RS. Namun bagi pembeli varian yang lain, mereka juga boleh mendapatkan ciri tambahan ini pada harga RM1,500 (sah sehingga Januari 2024).
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Honda di sini.
Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…
Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…