Niat Nak Beri Kejutan Datang Melawat Rakan Sakit, Siap Makan Atas Tilam Sekali Salah Katil [Video]

Perbuatan menziarahi orang sakit merupakan satu tindakan yang murni malah perkara itu turut dituntut dalam Islam.

Bukan hanya itu, dengan menziarahi individu yang sakit mungkin secara tidak langsung dapat mengembirakan hati mereka.

Malah ada yang mahu mengembirakan hati pesakit sehingga sanggup membuat kejutan sebagai usaha untuk mengukir senyuman tatkala individu itu dalam kesakitan.

Wanita nak buat kejutan untuk rakan yang sakit di hospital

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang wanita ini apabila dia awalnya ingin memberi kejutan kepada rakan yang sakit di hospital namun lain pula yang jadi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Sabrina Razali di TikTok, dia telah berkunjung ke sebuah hospital dengan membawa sedikit makanan.

Namun ketika sampai di hospital berkenaan, dia kemudian mendapati rakannya tidak ada di biliknya dan katil tersebut turut dilihat kosong.

Siap duduk dan makan atas tilam ketika tunggu rakan

Dia kemudian dengan penuh yakin katil tersebut milik rakannya, lalu bertindak untuk duduk di atas tilam tersebut sambil membawa makanan yang dibawa.

Lebih mencuri perhatian, dia juga bermain dengan beberapa butang yang disediakan di tepi katil hospital itu dengan menggerakkannya ke atas dan ke bawah selain turut menukar rancangan di televisyen hospital itu.

Katil diduduki bukan milik rakan

Dia kemudian terdengar bunyi pintu dibuka dan dengan segera menarik kaki yang diluruskan atas tilam agar tidak diketahui oleh rakannya sebelum melihat individu lain yang memasuki bilik tersebut.

“Ini bukan katil Shafinaz ke?” tanyanya dengan terkejut. Individu itu kemudian menjawab bukan dan dengan rasa malu Sabrina lalu bangun dari tilam berkenaan dan memohon maaf.

“Malu weh kurang ajar betul, rupanya member aku dari tadi dekat katil sebelah.

“Sorry kak saya nak buat kejutan dekat dia,” katanya sebelum beredar dari katil berkenaan.

Pesakit tampil kongsi momen lucu

Melihat di ruangan komen, rakan yang diziarahi oleh Sabrina menyatakan dia tidak sangka kawannya itu tersalah katil selain berpesan untuk menghubunginya terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat yang betul.

Perkongsian itu turut menarik perhatian pengguna media sosial kerana rasa terhibur dengan gelagat wanita itu.

“Nak buat kejutan, sendiri kena kejutan”

“Plot twist lain macam siot”

“Memang aku keluar dari situ dengan keadaan malulah”

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

5 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

5 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

6 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

7 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

8 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

9 hours ago