Individu Saran Lelaki Kahwin Cepat, Biar Isteri Buat Semua Kerja Rumah Undang Kecaman Netizen

Dalam kehidupan berumah tangga, kerja rumah seperti mengemas dan mencuci amat sinonim dengan isteri.

Ini kerana sejak dahulu lagi kebanyakan urusan dalam rumah termasuk menguruskan anak-anak banyak digalas oleh sang isteri.

Namun, seiring dengan peredaran zaman, pada masa kini dapat dilihat lelaki juga mampu melakukan kerja rumah tanpa perlu mengharapkan bantuan dari golongan wanita.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi segelintir lelaki yang meletakkan kerja rumah sebagai tanggungjawab sepenuhnya oleh isteri.

Individu Suruh Lelaki Kahwin, Saran Isteri Yang Buat Kerja Rumah

Menerusi satu ciapan di Twitter @realestaterazha, lelaki itu berkongsi tangkap layar mengenai respon individu apabila dia memuat naik gambar kediaman selepas mengemas ruang tamu rumahnya.

Menurut Razha yang dipercayai berstatus bujang, dia mengambil masa lebih tiga jam untuk memastikan ruang tamu rumahnya berada dalam keadaan kemas.

Dia kemudian memuat naik gambar ruang tamu itu di Instagram Story untuk dikongsikan kepada pengikut.

Namun, apa yang mengejutkan adalah respon yang diterima daripada seorang individu yang baginya disifatkan sebagai tidak baik.

“Kahwin la bro, nanti bagi bini buat je kerja rumah,” balas individu berkenaan menerusi mesej peribadi di Instagram.

Foto: Twitter @realestaterazha

Mesej itu nyata mendapat perhatian netizen terutama dalam kalangan wanita. Rata-rata menganggap respon lelaki berkenaan dilihat seolah-olah merendahkan martabat isteri dan disamakan seperti orang gaji.

Bagi segelintir netizen, tugas mengemas rumah adalah tanggungjawab semua dan tidak perlu dihadkan kepada satu jantina semata-mata.

Namun, pada masa yang sama, ada juga segelintir memuji Razha yang dilihat pandai mengemas dan menghias rumah.

Kalau Dia Tak Kahwin Lagi, Semoga Kekal Single. Kalau Dah Kahwin Semoga Bertemu Kesedaran

Baik Upah Bibik Je Kalau Semua Benda Dia Nak Bini Buat

Kesian Bini Dia, Orang Lain Kahwin Nak Ada Pasangan, Hidup Bersama. Laki Dia? Nak Jimat Duit Maid

Kesian Isteri Dia, Kahwin Dengan Majikan Bukan Dengan Suami

Menyampahnya Orang Mindset Macam Ni. Sebelum Kahwin Patut Kena Nampak Perangai Jantan Jenis Letak Tanggungjawab Rumah Semua Pada Isteri

Bab Mengemas Ini Tak Perlu Nak Mengikut Jantina

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Sepanyol Cipta Aplikasi Bantu Isteri Pantau Suami Buat Kerja Rumah, Mahu Wujudkan Kesaksamaan Dalam Tugasan Harian

Baca Artikel Berkaitan: Subjek Khas Untuk Lelaki Kemas Rumah Dikenalkan di Sekolah Ini

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

3 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

3 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

3 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

3 days ago