“Saman Pasangan Sebab Batal Perkahwinan?” – Ini Penjelasan Peguam [Video]

Antara perkara yang paling perit untuk dilalui oleh mana-mana individu pastinya apabila terpaksa memutuskan hubungan dengan seseorang yang dicintai.

Lebih-lebih lagi jika pasangan itu telahpun merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan setelah lama menjalinkan cinta.

Boleh saman individu yang batalkan perkahwinaan di saat akhir

Tidak dinafikan, jodoh itu sememangnya ketentuan Allah SWT. Namun, tahukah anda seseorang individu itu boleh memfailkan saman terhadap pasangannya jika membatalkan perkahwinan di saat akhir.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang peguam yang dikenali sebagai Lawyer Gandhi di laman media sosial miliknya.

Beberapa perkara perlu diteliti sebelum failkan saman

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok, peguam tersebut berkata bagaimanapun beberapa perkara perlu diteliti terlebih dahulu sembelum menfailkan saman.

Menurutnya, seseorang itu boleh memfailkan saman jika sudah mempunyai perjanjian untuk berkahwin antara dirinya dan individu tersebut.

“Ya anda boleh (saman) tapi harus ingat perkara berikut. Pertama anda perlu pastikan ada perjanjian yang jelas untuk berkahwin.

“Contohnya, jika kedua-dua pihak sudah menghantar kad jemputan kahwin. Antara ganti rugi yang boleh dituntut adalah semua perbelanjaan bagi pertunangan dan juga bagi persiapan perkahwinan. Ini termasuk pemulangan mas kahwin dan juga apa-apa hantaran,” katanya.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Perjanjian pemungkiran boleh dituntut di Mahkamah Syariah (Islam) & Mahkamah Sivil (Bukan Islam)

Menurutnya lagi, perjanjian pemungkiran untuk berkahwin boleh dituntut di Mahkamah Syariah bagi Muslim dan Mahkamah Sivil bagi yang bukan beragama Islam.

Di akhir perkongsian, Gandhi juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah berjanji jika tidak dapat menunaikannya.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

40 mins ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

2 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

4 hours ago