Kelibat Lipas Di Luar Tingkap Pesawat Ketika Terbang Di China Curi Perhatian [Video]

Seorang wanita di China terkejut selepas menemui seekor lipas yang masih hidup di bahagian luar tingkap kapal terbang ketika sedang menaiki pesawat terbabit.

Malah apa yang lebih mengejutkan lipas berkenaan masih hidup selepas tiga jam pesawat itu berada di udara kerana ia berkemungkinan boleh menjadi beku disebabkan tekanan udara yang lebih rendah di bahagian luar.

Kejadian lipas itu ketika penumpang naik pesawat dari Yunan ke Ningbo

Menurut Dimsumdaily Hong Kong yang memetik media China, penumpang yang dikenali sebagai Guo telah berkongsi kejadian itu di media sosial dan menjelaskan dia menaiki pesawat berkenaan dari Xishuangbanna, Yunan untuk ke Ningbo pada 16 Ogos yang lalu.

“Saya berpusing dan kemudian terlihat seekor lipas berada di situ,” ujarnya.

Menerusi klip video yang dirakam oleh Guo kelihatan haiwan tersebut melekat di bahagian luar tingkap pesawat berkenaan.

Awalnya terkejut terdapat lipas dalam pesawat namun rasa ia mencuit hati

Di dalam satu temubual Guo turut mengakui bahawa dia awalnya terkejut dengan keberadaan lipas berkenaan kerana tidak pernah melihat haiwan perosak itu berasa dalam pesawat.

Namun lama-kelamaan, dia merasakan ia suatu insiden yang mencuit hati dan mengambil keputusan untuk memerhatikan serangga berkenaan sepanjang perjalanannya.

“Saya fikir ia agak menghiburkan, jadi saya terus melihatnya,” jelas Guo.

Berjaya bertahan walau berada pada suhu yang rendah

Bahkan haiwan kecil itu mampu membuktikan bahawa ia berjaya bertahan meskipun berada dalam keadaan tekanan yang sangat kuat dan suhu yang rendah di sepanjang perjalanan pesawat itu ke Ningbo.

“Ia kekal di situ sepanjang perjalanan dari Xishuangbanna ke Ningbo. Saya ingat ia akan hilang selepas dua minit.

“Jadi saya tidak maklumkan kepada pramugari yang bertugas. Tetapi apa yang mengjutkan ia masih kekal di situ meskipun pesawat itu telah terbang sejauh 3,000 kilometer.

“Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengetahui sama ada lipas tersebut berada di luar tingkap atau di dalam ‘interlayer’ tingkap,” ucapnya lagi.

Insiden itu kemudian menjadi perhatian ramai

Insiden itu kemudian telah mendapat perhatian orang ramai di media sosial malah ia turut menjadi perbincangan santai dan ada juga yang berseloroh mengenainya.

Ada juga yang berseloroh mengatakan itu adalah helah dilakukan serangga itu untuk tidak membayar tambang pesawat tersebut.

Akan tetapi, dalam keseronokan mereka membincangkan kejadian itu terdapat juga kebimbangan yang dilontarkan seperti implikasi keselamatan dan kebersihan berhubung kehadiran serangga perosak itu.

“Bagaimanakah lipas boleh berjaya masuk ke dalam interlayer tingkap dan adakah ia boleh menyebabkan berlaku kerosakan pada komponen halus dalam pesawat.”

Susulan daripada pelbagai persoalan yang bimbang dengan perkara tersebut, seorang wartawan tempatan kemudian telah menghubungi pihak syarikat penerbangan untuk bertanya lanjut mengenai keberadaan lipas terbabit dan ia berada di antara cermin depan pesawat dan lapisan dalam.

Syarikat penerbangan buat pembasmian kuman untuk jamin kebersihan

Syarikat penerbangan bagaimanapun telah membuat pemeriksaan lanjut terhadap pesawat itu memandangkan ia telah menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai dan mengesahkan tingkap kabin berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kecacatan.

Malah satu prosedur pembasmian kuman turut dilakukan pada pesawat itu untuk menjamin kebersihan kapal terbang tersebut.

Recent Posts

  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

17 mins ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

21 mins ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

34 mins ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

1 hour ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

19 hours ago