
Penjelasan Abang Jual Aiskrim Bagi Percuma Untuk Golongan OKU Buat Ramai Sebak [Video]
Menurut lelaki itu, dia mencari pendapatan lebih dengan meniaga aiskrim di kawasan tepi pantai kerana perlu menanggung isteri serta anaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Untuk menjadi seorang yang pemurah serta rajin bersedekah tidaklah perlu menjadi kaya dahulu, bahkan orang-orang biasa juga mampu melakukannya.
Sumbangan yang ikhlas tidak dinilai daripada jumlah yang diberi, sebaliknya dilihat daripada keihklasan hati dalam memberi.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang juga peniaga aiskrim menawarkan pencuci mulut itu secara percuma kepada golongan-golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @riumeilo, lelaki terbabit menjelaskan dia mendapat inspirasi untuk melakukan perkara itu kerana mempunyai seorang anak OKU yang terlantar sakit.
Cari pendapat lebih untuk tanggung anak dan isteri
Menurut lelaki itu, dia mencari pendapatan lebih dengan meniaga aiskrim di kawasan tepi pantai kerana perlu menanggung isteri serta anaknya.
Jelasnya lagi, gaji bulanan yang diterima di sebuah syarikat pengangkutan tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan dia sekeluarga.
“Saya ada anak seorang OKU, OKU terlantar dia sakit. Saya seorang sahaja kerja, isteri tak kerja. Kerja kereta api gaji sikit, jadi kena cari duit lebih,” katanya.
Difahamkan, lelaki tersebut menjual aiskrim berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Pulau Pinang.
Anak OKU telah meninggal dunia
Lebih menyayat hati, individu berkenaan memaklumkan bahawa anaknya yang terlantar sakit itu telahpun meninggal dunia dan kini dia hanya memiliki seorang anak kecil.
“Anak OKU (saya) sudah meninggal dunia.”
Penjual aiskrim
@ruimeilo Nampak abang jual aiskrim, terharu dengan semangat bang 💪 #longervideos #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #penang #malaysia #belanja
♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari
Ramai sebak dan kagum dengan semangat lelaki itu mencari rezeki
Jawapan penjual aiskrim itu nyata membuatkan rata-rata pengguna media sosial sebak memandangkan dia telah kehilangan anak syurganya.
Malah, netizen juga kagum dengan semangat peniaga aiskrim itu kerana sanggup mencari rezeki lebih buat isteri dan anaknya.


