Budak Lelaki Didenda RM8,000, Gara-Gara Tak Bawa Kad Pengenalan

Kad pengenalan merupakan antara perkara yang sangat penting untuk setiap individu.

Ini kerana, melalui kad pengenalan dapat mengenal pasti identiti dan maklumat mengenai seseorang.

Malah sebagai seorang yang mempunyai kad pengenalan anda tidak boleh sewenang-wenangnya berkongsi informasi kad ini kerana ia adalah sulit dan hanya boleh diberikan kepada pihak berkuasa atas tujuan tertentu.

Budak lelaki kena denda bayar RM8,000 kerana kad pengenalan

Baru-baru ini, seorang budak lelaki telah didenda sebanyak RM8,000 kerana tidak membawa kad pengenalannya bersama selepas dia dibawa ke mahkamah.

Menerusi muat naik di Xiaohongshu yang dikongsikan oleh seorang peguam Malaysia, ujarnya insiden tersebut awalnya tercetus apabila terdapat pegawai polis yang mendekati budak itu disebabkan dia tidak berkelakuan baik di khalayak ramai.

Mereka kemudian meminta kad pengenalan budak lelaki itu sebelum dia menolak dan mendakwa anggota polis itu menyalahgunakan kuasa mereka.

Pertengkaran kemudian berlaku antara kedua pihak sebelum budak itu menghamburkan kata-kata yang tidak sopan kepada pihak polis selain turut menolak salah seorang daripada polis terbabit apabila ia cuba meredakan keadaan.

“Apa yang membuatkan anda fikir saya tidak mempunyai kad pengenalan saya?” soalnya lapor Weird Kaya.

Ekoran daripada perkara tersebut, budak itu kemudian telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi siasatan lanjut.

Tunjuk sikap sombong dan kasar

Dia bagaimanapun masih bersikap sombong serta kasar apabila pegawai meminta kad pengenalannya.

“Bagaimana anda boleh yakin bahawa saya tidak membawa kad pengenalan?” soalnya.

Gagal tunjuk kad pengenalan ketika diminta polis

Meskipun mengeluarkan kenyataan tersebut, namun budak itu gagal menunjukkan kad pengenalannya. Ini menyebabkan pegawai polis tersebut terpaksa meminta bantuan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesahkan identitinya.

Dia kemudian telah didenda RM8,000 ekoran tidak mempunyai kad pengenalan dan dibawa ke mahkamah atas dua pertuduhan kerana menghina pegawai dan gagal mengemukakan kad pengenalannya.

Kedua-dua kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 25(1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 masing-masing.

Hakim lalu mendapati budak itu bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dia kemudian didenda RM100 kerana bertindak menghina pegawai polis dan RM7,000 kerana tidak mempamerkan kad pengenalannya.

Bukan hanya itu sebanyak RM1,000 turut dikenakan oleh hakim sebagai denda tambahan atas kesalahan tidak membawa kad pengenalan dan diperintah membuat pembayaran dalam tempoh sebulan atau dipenjara tujuh bulan jika gagal berbuat demikian.

Gagal bawa kad pengenalan adalah satu kesalahan

Sebagai info kegagalan membawa kad pengenalan adalah satu kesalahan dibawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990. Jika disabitkan kesalahan individu boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Recent Posts

  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

3 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

1 hour ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

1 hour ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

4 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

5 hours ago