Dituduh Isteri Gugur Kerana Kifarah Rogol, Da’i Syed Saman Pemfitnah
Difahamkan, Da’i Syed turut mengambil tindakan undang-undang terhadap Ainun Najwa disebabkan fitnah yang telah dibangkitkan semula pada 23 November 2021.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Difitnah isteri keguguran kerana kifarah rogol, pendakwah selebriti Da’i Syed nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap dua orang wanita.
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful itu menegaskan tuduhan tersebut telah menggangu emosi isterinya, Hana Ismail yang baru sahaja mengalami keguguran anak pertama mereka.
“Akibat kenyataan awal diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keguguran kandungan isteri, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ini adalah sesuatu yang amat melampaui batas.
“Hal ini merupakan suatu fitnah terhadap saya dan pelaku juga seolah-olah cuba mengambil kesempatan atas kesedihan yang ditanggung kami berdua.
“Ini merupakan kenyataan salah yang sengaja diada-adakan. Sehubungan itu, saya mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dalam kadar yang segera,” katanya dipetik Kosmo.
Dua wanita yang terlibat dalam kes saman terbabit adalah Nurul Atiqah iaitu merupakan individu yang mendakwa dirinya sebagai mangsa, selain Ainun Najwa kawan kepada Atiqah yang didakwa membangkitkan semula kes rogol sebelum ini.
Rakan kepada mangsa yang dakwa dirogol juga akan dikenakan tindakan undang-undang
Difahamkan, Syed turut mengambil tindakan undang-undang terhadap Ainun Najwa disebabkan fitnah yang telah dibangkitkan semula pada 23 November 2021.
Jelasnya lagi, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnah serta mengaitkan isteri atau keluarganya.
Terdahulu, Nurul Atiqah mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan isteri Syed itu sebagai kifarah atas perbuatan terkutuknya.
Da’i Syed didakwa di mahkamah kerana persetubuhan luar tabii pada tahun 2020
Syed pada 10 Disember 2020 telah berdepan tuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatan.
Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepaskan dan membebaskan Syed daripada pertuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed di akhir pendakwaan.