Ibu Sanggup Gadai Gelang Emas Demi Nak Beli Laptop Untuk Anak [Video]

Setiap di antara kita pasti mempunyai barangan kesayangan yang diberikan oleh seorang individu yang istimewa atau mungkin dibeli sebagai ‘reward’ untuk diri sendiri.

Ini kerana, barangan kesayangan itu mempunyai nilai istimewa yang tersendiri sehingga ia terlalu berharga untuk dibuang mahupun dijual terutama jika ia adalah barangan kemas.

Sanggup jual gelang emas demi anak

Namun seorang wanita yang juga ibu sanggup mengadaikan gelang emas miliknya demi anak yang tercinta.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nor Asiah Kamis di TikTok, seorang wanita telah berkunjung ke kedai elektronik miliknya untuk membeli komputer riba buat anak yang sedang belajar.

“Orang cakap ada jual di sini (di kedai elektronik milik Asiah), jadi makcik datanglah dekat kedai ni nak tengok bagaimana bayarannya,” kata makcik itu.

Nak beli laptop secara tunai dengan gadai gelang emas

Asiah kemudian bertanya adakah makcik tersebut ingin membuat pembelian secara tunai atau sebaliknya sebelum bertanya berapakah bajet untuk laptop tersebut.

“Tak tahu nak cakap macam mana, makcik kalau boleh nak bagi gelang je dekat cik.

“Gelang ni pakcik belikan (sambil memegang gelang emas di pergelangan tangan). Dia beli sempena hari ulangtahun perkahwinan kami.

“Sayang nak tolak, tapi yang penting anak nak belajar takpelah kita berkorban. Ada duit kita beli lain,” ujarnya sambil menangis mengenangkan gelang tangan yang perlu dijual.

@asiah1106 Makcik ni mai nk tolak gelang emas semata mata nk beli laptop utk anak dia . Macam ni la Pengorbanan mak ayah kita nk bg ank bljaq utk ubah nasib keluarga #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah ♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Pemilik kedai minta simpan duit dan guna saat memerlukan

Asiah bagaimanapun meminta agar makcik tersebut untuk menyimpan gelang emas itu dan menggunakannya ketika saat yang sangat memerlukan.

Malah sebagai jalan penyelesaian untuk masalah tersebut, dia mencadangkan makcik tersebut untuk menyertai pembayaran secara ansuran bulanan di kedainya dan wanita itu bersetuju.

Maka dengan cara itu makcik tersebut tidak perlu mengadaikan gelang emas yang diberikan oleh suaminya sempena ulangtahun mereka.

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak dengan pengorbanan seorang ibu itu. Tidak kurang ada di antara mereka yang berkongsi pengalaman pernah berada dalam situasi seperti itu.

“Sebab tu bila dah jadi seorang ibu.. aku sanggup ikat perut demi anak-anak aku. Walaupun anak-anak aku tak pernah minta”

“Meleleh air mata bila tengok seorang ibu berkorban untuk anak”

“Sedihnya, ibu sanggup berkorban untuk anaknya”

“Ya Allah teringat mak dulu arwah ayah meninggal gelang emas yang ayah beli mak jual untuk tampung enam beranak kami”

Setiap di antara kita pasti mempunyai barangan kesayangan yang diberikan oleh seorang individu yang istimewa atau mungkin dibeli sebagai ‘reward’ untuk diri sendiri.

Ini kerana, barangan kesayangan itu mempunyai nilai istimewa yang tersendiri sehingga ia terlalu berharga untuk dibuang mahupun dijual terutama jika ia adalah barangan kemas.

Sanggup jual gelang emas demi anak

Namun seorang wanita yang juga ibu sanggup mengadaikan gelang emas miliknya demi anak yang tercinta.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nor Asiah Kamis di TikTok, seorang wanita telah berkunjung ke kedai elektronik miliknya untuk membeli komputer riba buat anak yang sedang belajar.

“Orang cakap ada jual di sini (di kedai elektronik milik Asiah), jadi makcik datanglah dekat kedai ni nak tengok bagaimana bayarannya,” kata makcik itu.

Nak beli laptop secara tunai dengan gadai gelang emas

Asiah kemudian bertanya adakah makcik tersebut ingin membuat pembelian secara tunai atau sebaliknya sebelum bertanya berapakah bajet untuk laptop tersebut.

“Tak tahu nak cakap macam mana, makcik kalau boleh nak bagi gelang je dekat cik.

“Gelang ni pakcik belikan (sambil memegang gelang emas di pergelangan tangan). Dia beli sempena hari ulangtahun perkahwinan kami.

“Sayang nak tolak, tapi yang penting anak nak belajar takpelah kita berkorban. Ada duit kita beli lain,” ujarnya sambil menangis mengenangkan gelang tangan yang perlu dijual.

Pemilik kedai minta simpan duit dan guna saat memerlukan

Asiah bagaimanapun meminta agar makcik tersebut untuk menyimpan gelang emas itu dan menggunakannya ketika saat yang sangat memerlukan.

Malah sebagai jalan penyelesaian untuk masalah tersebut, dia mencadangkan makcik tersebut untuk menyertai pembayaran secara ansuran bulanan di kedainya dan wanita itu bersetuju.

Maka dengan cara itu makcik tersebut tidak perlu mengadaikan gelang emas yang diberikan oleh suaminya sempena ulangtahun mereka.

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak dengan pengorbanan seorang ibu itu. Tidak kurang ada di antara mereka yang berkongsi pengalaman pernah berada dalam situasi seperti itu.

“Sebab tu bila dah jadi seorang ibu.. aku sanggup ikat perut demi anak-anak aku. Walaupun anak-anak aku tak pernah minta”

“Meleleh air mata bila tengok seorang ibu berkorban untuk anak”

“Sedihnya, ibu sanggup berkorban untuk anaknya”

“Ya Allah teringat mak dulu arwah ayah meninggal gelang emas yang ayah beli mak jual untuk tampung enam beranak kami”

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

1 min ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

11 mins ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

15 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

49 mins ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

55 mins ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

2 hours ago