fbpx
Now Reading
‘Kawan Dari Neraka’ – Wanita Disantau Gara-Gara Tuntut Hutang Daripada Rakan Sendiri [Video]

‘Kawan Dari Neraka’ – Wanita Disantau Gara-Gara Tuntut Hutang Daripada Rakan Sendiri [Video]

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Pusat Rawatan Islam Ar Syifa Al Mustakim, wanita yang dikenali sebagai Faizah menderita akibat disantau selepas menuntut hutang RM2,000 daripada rakannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Santau merupakan antara ilmu hitam yang sering dilakukan oleh individu yang dengki dan tidak puas hati dengan kehidupan orang lain.

Lazimnya, santau ini akan membuatkan orang yang terkena hidup menderita dan mengalami penyakit yang sukar dikesan oleh perubatan moden. Malah, ada yang lebih teruk hingga boleh menyebabkan kematian.

Tuntut Hutang Kerana Perlukan Duit

Hanya kerana menuntut hutang sebanyak RM2,000 kepada rakan baik, seorang wanita menderita disantau oleh kawan baiknya sendiri.

Menerusi video TikTok oleh Pusat Rawatan Islam Ar Syifa Al Mustakim yang berpangkalan di Negeri Sembilan, wanita yang dikenali sebagai Faizah itu menderita busung perut selepas menuntut hutang daripada rakan yang berjanji akan membayar wang berkenaan selepas tempoh tiga bulan.

Faizah dikatakan menuntut hutang tersebut kerana dia berada dalam keadaan sesak dan mahu menggunakan duit.

Malah, dia berpendapat rakannya yang dikenali sebagai Nur mampu membayar hutang apabila melihat wanita itu memakai kereta baru jenis Honda Civic.

“Aku tengok kau dah naik kereta Honda Ketam baru, ada pula duit kau. Kenapa hutang aku sikit kau tak boleh bayar?

“Tolonglah pulangkan balik, sesak sangat ni,” kata Faizah kepada Nur.

Hantar Santau Kepada Rakan Kerana Tidak Puas Hati

Menurut pusat perubatan Islam itu lagi, dek kerana geram dengan tindakan Faizah yang mendesak menuntut hutang, Nur mengugut untuk menghantar santau bagi membuatkan dia menderita.

“Siap kau lepas ni. Aku santau betul sampai kau mamp*s. Kau nak sangatkan.

“Aku janji akan buat betul sampai kau menderita,” kata Nur dipetik dari video berkenaan.

Badan Rasa Bisa, Kepala Meletup & Busung Perut

Menurut pengamal pusat perubatan tersebut Ustaz Mohamad Hasnan Rili, keterangan di video itu diceritakan sendiri oleh mangsa.

Malah, dia mula sedar akan perubahan yang dialami oleh dirinya seperti bisa di seluruh badan, kepala seakan-akan mahu meletup dan busung perut.

“Sewaktu datang jumpa saya, dia cakap seluruh badan rasa bisa, kepala nak meletup dan perut busung.

“Perut busung tu berlaku setiap hari selepas waktu Asar hinggalah ke Subuh. Kalau kembung dia berasa sesak nafas.

“Pada awalnya dia menyangka dirinya mengandung sebab perutnya keras dan besar. Namun, hanya pada waktu tertentu saja. Disebabkan itu, dia cuba mendapatkan rawatan,” katanya.

Bukan Satu Perkara Baharu

Tambah Ustaz Mohamad Hasnan lagi, selama tujuh tahun membuka pusat rawatan tersebut, insiden orang disantau oleh individu yang berhutang bukanlah perkara yang asing.

“Memang ada banyak kes macam pesakit itu. Mereka menuntut hutang, tapi mereka pula disakiti.

“Selama tujuh tahun saya membuka pusat perubatan ini, dianggarkan ratusan pesakit juga sudah datang berjumpa saya yang mengadu masalah sama.

“Kebanyakannya hingga sekarang mereka masih membuat rawatan susulan. Begitu juga dengan kes lain.

“Masalah terkena santau dan buatan orang ini tak boleh dirawat hanya sekali. Ia agak mustahil melainkan dengan izin Allah SWT,” katanya.

Video yang menerima tontonan lebih sejuta itu nyata menarik perhatian warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka bersimpati dengan dugaan yang menimpa wanita berkenaan.

Namun, segelintir di antara mereka yang mengecam dan geram dengan tindakan rakan wanita tersebut yang sanggup menghantar santau semata-mata mahu melihat penderitaan rakannya itu.

Nak Bayar Hutang Tak Boleh, Upah Santau Boleh Pula

Dia Yang Pinjam Kita, Kita Pula Yang Macam Pengemis Kena Minta Balik Duit Sendiri

Hutang Itu Dah Dosa Sebab Tak Bayar, Santau Pun Dah Dosa

Pengajarannya Jangan Bagi Pinjam Walau Nangis Air Mata Darah Sekalipun

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mercun Bom” – Cawan Meletup Setelah Baca Doa, Peniaga Dakwa Angkara Santau

Baca Artikel Berkaitan: Hantar Video ‘Ritual Sihir’, Scammer Ugut Bakal Santau Jika Mangsa Enggan Bayar RM100

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.