“Nangis Nenek Moyang Kami Tengok Ni” – Ramai Beri Reaksi Lucu Bila Kuih Goyang Jadi ‘Fancy’ [Video]

Kuih tradisional merupakan salah satu antara warisan buat sesebuah budaya.

Ini kerana, sesebuah budaya itu tidak hanya dikenali melalui pakaian dan adat resam sahaja sebaliknya makanan juga turut memainkan peranan yang penting.

Apabila bercerita mengenai kuih tradisional ini pasti banyak yang boleh anda senaraikan di dalam benak fikiran, ada yang suka kuih tradisional yang mempunyai rasa manis dan lain-lain.

Tunjuk cara buat Rosette atau kuih Loyang

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang pengusaha kafe dan bekas peserta MasterChef Australia, Reynold Poernomo menunjukkan cara membuat satu manisan yang sering menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Menerusi video tersebut, kelihatan cef yang terkenal dengan gelaran ‘Dessert King’ itu menunjukkan cara membuat manisan yang dikenali sebagai Rosette.

Awalnya, Reynold mengambil satu acuan berbentuk bunga dan mencelup acuan tersebut ke dalam satu adunan tepung sebelum bertindak mengorengnya sehingga ia berbentuk seperti bunga.

Siap letak kuning telur dan kaviar menjadikan manisan itu lebih fancy

Sebaik sahaja selesai digoreng, dia kemudian meletakkan kuning telur, perut tuna dan krim di bahagian bawah serta bawah manisan tersebut.

Reynold yang juga berasal dari Indonesia kemudian meletakkan manisan itu di atas sebuah mangkuk sebelum menghiasinya dengan kaviar sebelum menunjukkan cara ia dimakan.

@reynoldpoer An old but gold of a snack The Rosette – orginated from Scandinavia, this little snack has made it’s way influencing the world wirh many cultures taking their traditional version of it. Filled with egg yolk jam, smoked chutoro (Tuna Belly), jamon cream and topped with N25 kaluga hybrid caviar #rosette #snack #food #caviar ♬ Theme from "A Summer Place" – Percy Faith And His Orchestra

Ramai rakyat terhibur lihat cara kuih Loyang dipersembah dengan lebih ekslusif

Video itu kemudian telah menjadi sohor di media sosial sehingga menarik perhatian ramai masyarakat Malaysia yang terhibur kerana tidak sangka manisan itu boleh dijadikan sebagai sesuatu yang ekslusif.

Ini kerana cara Rosette itu dibuat sama seperti kuih tradisional yang dikenali sebagai kuih Goyang atau Loyang.

Apa yang membezakan Rosette dengan kuih goyang yang dimakan oleh rakyat di negara ini adalah manisan yang dibuat oleh Reynold itu mempunyai pelbagai inti yang menjadikannya lebih ekslusif.

Selain Malaysia, terdapat juga individu dari Sri Lanka yang menyatakan mereka juga mempunyai manisan seperti itu yang dipanggil Kokis.

Melihat di ruangan komen, ramai yang geli hati apabila melihat video tersebut dan menyatakan kuih itu mungkin berharga puluhan atau ratusan ringgit kerana dilihat begitu fancy.

“Level lain untuk achi murruku”

“Weh next level, rindu dulu selalu buat dengan arwah”

“Menangis nenek moyang kami tengok ni”


Asal-usul kuih Loyang

Kuih Goyang yang terkenal di Malaysia ini turut dikenali dengan pelbagai nama lain antaranya adalah kuih Ros, Bunga Durian, dan juga Sarang Lebah.

Kebiasaannya ia dipanggil sarang lebah oleh masyarakat yang berada di bahagian timur seperti Kelantan.

Untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang sama kuih ini perlu menggunakan acuan tembaga yang terdiri daripada pelbagai jenis dan diperbuat daripada tepung beras, santan dan juga gula.

Dikatakan dibawa oleh orang Belanda ke India

Apa yang lebih menarik kuih ini dikatakan berasal dari Norway dan terkenal di kalangan masyarakat Scandinavian.

Namun menurut laman Anglo-Indian Food makanan ini merupakan antara legasi kulinari yang ditinggalkan oleh Portugis di India dan dipanggil Rose de Coque atau Rose de Cookies.

Di India kuih ini turut dikenali sebagai Achappam yang membawa maksud acuan atau loyang bagi perkataan ach dan appam adalah roti atau kuih.

Selain di Kala, kuih ini juga turut terkenal di Tamil Nadu dan masyarakat di sana memanggilnya sebagai Achu Murukku.

Namun di Malaysia kuih ini dipanggil sebagai kuih goyang kerana sebaik sahaja dimasukkan ke dalam minyak yang panas ia perlu digoyang-goyangkan agar ia tertangal secara sendiri dari acuan.

Kuih tradisional merupakan salah satu antara warisan buat sesebuah budaya.

Ini kerana, sesebuah budaya itu tidak hanya dikenali melalui pakaian dan adat resam sahaja sebaliknya makanan juga turut memainkan peranan yang penting.

Apabila bercerita mengenai kuih tradisional ini pasti banyak yang boleh anda senaraikan di dalam benak fikiran, ada yang suka kuih tradisional yang mempunyai rasa manis dan lain-lain.

Tunjuk cara buat Rosette atau kuih Loyang

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang pengusaha kafe dan bekas peserta MasterChef Australia, Reynold Poernomo menunjukkan cara membuat satu manisan yang sering menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Menerusi video tersebut, kelihatan cef yang terkenal dengan gelaran ‘Dessert King’ itu menunjukkan cara membuat manisan yang dikenali sebagai Rosette.

Awalnya, Reynold mengambil satu acuan berbentuk bunga dan mencelup acuan tersebut ke dalam satu adunan tepung sebelum bertindak mengorengnya sehingga ia berbentuk seperti bunga.

Siap letak kuning telur dan kaviar menjadikan manisan itu lebih fancy

Sebaik sahaja selesai digoreng, dia kemudian meletakkan kuning telur, perut tuna dan krim di bahagian bawah serta bawah manisan tersebut.

Reynold yang juga berasal dari Indonesia kemudian meletakkan manisan itu di atas sebuah mangkuk sebelum menghiasinya dengan kaviar sebelum menunjukkan cara ia dimakan.

Ramai rakyat terhibur lihat cara kuih Loyang dipersembah dengan lebih ekslusif

Video itu kemudian telah menjadi sohor di media sosial sehingga menarik perhatian ramai masyarakat Malaysia yang terhibur kerana tidak sangka manisan itu boleh dijadikan sebagai sesuatu yang ekslusif.

Ini kerana cara Rosette itu dibuat sama seperti kuih tradisional yang dikenali sebagai kuih Goyang atau Loyang.

Apa yang membezakan Rosette dengan kuih goyang yang dimakan oleh rakyat di negara ini adalah manisan yang dibuat oleh Reynold itu mempunyai pelbagai inti yang menjadikannya lebih ekslusif.

Selain Malaysia, terdapat juga individu dari Sri Lanka yang menyatakan mereka juga mempunyai manisan seperti itu yang dipanggil Kokis.

Melihat di ruangan komen, ramai yang geli hati apabila melihat video tersebut dan menyatakan kuih itu mungkin berharga puluhan atau ratusan ringgit kerana dilihat begitu fancy.

“Level lain untuk achi murruku”

“Weh next level, rindu dulu selalu buat dengan arwah”

“Menangis nenek moyang kami tengok ni”


Asal-usul kuih Loyang

Kuih Goyang yang terkenal di Malaysia ini turut dikenali dengan pelbagai nama lain antaranya adalah kuih Ros, Bunga Durian, dan juga Sarang Lebah.

Kebiasaannya ia dipanggil sarang lebah oleh masyarakat yang berada di bahagian timur seperti Kelantan.

Untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang sama kuih ini perlu menggunakan acuan tembaga yang terdiri daripada pelbagai jenis dan diperbuat daripada tepung beras, santan dan juga gula.

Dikatakan dibawa oleh orang Belanda ke India

Apa yang lebih menarik kuih ini dikatakan berasal dari Norway dan terkenal di kalangan masyarakat Scandinavian.

Namun menurut laman Anglo-Indian Food makanan ini merupakan antara legasi kulinari yang ditinggalkan oleh Portugis di India dan dipanggil Rose de Coque atau Rose de Cookies.

Di India kuih ini turut dikenali sebagai Achappam yang membawa maksud acuan atau loyang bagi perkataan ach dan appam adalah roti atau kuih.

Selain di Kala, kuih ini juga turut terkenal di Tamil Nadu dan masyarakat di sana memanggilnya sebagai Achu Murukku.

Namun di Malaysia kuih ini dipanggil sebagai kuih goyang kerana sebaik sahaja dimasukkan ke dalam minyak yang panas ia perlu digoyang-goyangkan agar ia tertangal secara sendiri dari acuan.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

29 mins ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

1 hour ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

1 hour ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

2 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

2 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

2 hours ago