Ibu Kecewa, Anak Baru Baik Trauma Dipukul Guru Hingga Takut Ke Sekolah

Baru-baru ini, seorang ibu yang dikenali sebagai Amy telah meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuan memaklumkan dia telah dipukul oleh guru di sekolahnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh wanita berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook yang awalnya menceritakan anak perempuannya yang bernama Ai**a baru sahaja kembali bersekolah pada April lalu selepas pulih dari trauma panjang.

Anak baru mula sekolah lepas pulih trauma, minta tak nak pergi ketika guru terbabit mengajar

Menurut Amy, Ai**a mempunyai trauma dengan guru bermula pada umur 5 tahun ketika tadika dan mula ketinggalan pelajaran dari tadika 6 tahun hingga darjah satu.

“April hari tu bermulalah Ai**a di sekolah di tempat baru. Minggu pertama ok. Masuk minggu kedua, dia mula rasa takut dan termenung sahaja apabila ditanya dia jawab takut.

“Ada seorang cikgu ni garang selalu pukul murid. Saya jawab biasalah cikgu . Nak bagi anak murid pandai memang kena garang.

“Esoknya balik sekolah dia mengadu, cikgu ketuk kepala dengan buku. Boleh tak dia tak nak pergi sekolah masa guru tu mengajar? Saya dah mula rasa tak sedap hati, tapi tetap positif,” ujar Amy.

Anak menangis, dakwa guru lempang muka hingga gigi sakit

Si ibu itu kemudian cuba untuk memujuk anaknya untuk terus bersekolah, namun keesokannya ketika mengambil anak dari sekolah kelihatan pelajar itu menangis teresak-esak dengan muka yang merah.

“Masuk kereta terus dia cakap, tengok kakak dah cakap cikgu garang, cikgu lempang muka kakak sampai sakit gigi kakak mama.

“Saya hubungi suami untuk bawa ke klinik. Doktor periksa mungkin kerana ditampar kuat, sengal ke gigi sampai demam dan doktor beri surat untuk rujuk ke hospital,” jelasnya.

Terima panggilan dari sekolah, guru langsung tak minta maaf ujar itu ada cara dia mengajar

Amy berkata pada keesokannya dia mendapat panggilan untuk datang ke sekolah kerana Ai**a menangis. Sebaik sahaja sampai dia melihat anak perempuannya itu berada dalam ketakutan.

Dia kemudian memaklumkan kepada guru apa yang dilalui oleh Ai**a sebelum ini dan menyatakan tiga tahun untuk memulihkan trauma anaknya bukan satu jangka masa yang singkat.

“Cikgu yang pukul ‘relax’ je. Minta maaf pun tidak dan jawab itu memang cara di mengajar. Saya cakap saya tak kisah cikgu nak marah dia ke, nak pukul dia ke tapi bukan di muka atau kepala.

“Cikgu pun tahu dalam Islam melarang kita pukul anak di muka dan kepala. Macam biasa diam hanya Guru Besar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid cuba tenangkan saya. Minta peluang tengok macam mana lepas ni.

“Sejak dari kejadian tu saya pesan pada Ai**a jangan takut, kakak kena kuat. Walau dia selalu mengadu tapi saya cuba abaikan kerana tidak mahu jadi negatif pada guru.”

Anak maklum dia dicubit dibahagian kaki dan meninggalkan kesan lebam

Namun pada 4 September anaknya pulang dan mengatakan tangan rakannya lebam kerana dicubit oleh guru terbabit.

“Dia pun kena tadi sebab tak bawa buku, dia kata dah siap letak dalam bag mungkin Airis ambil sebab suka sakat kakak dia,” tulisnya lagi.

Ujar Amy guru itu memintaAi**a memilih dia ingin dipukul sebelum mencubit kakinya dan meninggalkan kesam lebam. Namun apabila ingin memaklumkan kepada bapa, Ai**a enggan kerana guru itu turut berkata apabila dipukul sedikit pasti mengadu pada ibu bapa.

“Adoi dah pandai ugut pula, ingatkan cikgu ambil pengajaran tapi hmm.. entahlah. Apa pun tunggu keputusan pakar psikitrik pada bulan depan.”

3 ibu bapa sudah buat laporan berhubung anak dipukul guru sama

Amy dalam satu lagi muat naiknya di FB semalam (5 September) turut memaklumkan setakat ini sudah tiga keluarga membuat laporan berhubung anak mereka yang dipukul oleh guru yang sama.

“Hari ini juga saya diberitahu guru tersebut telah ditukarkan sekolah kerana mempunyai masalah disiplin,” katanya selain turut memaklumkan guru terbabit adalah wanita selepas ditanya netizen.

JPN atau PPD telah terima kes Ai**a

Terbaharu Amy memaklumkan bahawa kes berhubung anaknya telah diterima pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Kelantan dan dia juga telah membuat laporan polis.

Dia menegaskan tidak akan menyebut nama guru mahupun sekolah berkenaan selain menyatakan adalah tidak adil buatnya untuk menjatuhkan reputasi sekolah disebabkan seorang cikgu yang bermasalah.

Serahkan pada pihak berkuasa untuk ambil tindakan

Oleh itu, dia hanya menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu.

“Terima kasih pada JPN atau PPD negeri Kelantan.

“Saya telah mendapat jaminan Ai**a tidak akan berdepan dengan cikgu itu lagi berkuatkuasa hari ini (6 September).”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

4 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

4 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

6 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

7 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

8 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

8 hours ago