fbpx
Now Reading
Penganjur Himpunan RXZ 5.0 Mohon Maaf, Cuba Tambah Baik Di Masa Akan Datang

Penganjur Himpunan RXZ 5.0 Mohon Maaf, Cuba Tambah Baik Di Masa Akan Datang

Pihak pengurusan menerusi satu kenyataan memohon maaf kepada kerajaan negeri Terengganu, pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk para perserta selepas timbul isu di antara peserta dan pihak berkuasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penganjur program Himpunan RXZ Members 5.0 yang menjadi perhatian masyarakat baru-baru ini memohon maaf selepas timbulnya isu membabitkan para peserta dan pihak berkuasa sepanjang ianya diadakan.

Pihak pengurusan menerusi satu kenyataan di Facebook RXZ Members Official memohon maaf kepada kerajaan negeri Terengganu, pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas terdapat selintir peserta program itu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

Selain itu mereka turut memohon maaf kepada ribuan peserta yang memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak dari 8 September hingga 9 September.

“Terima kasih kepada semua peserta RXZ Members 5.0 yang datang dari seluruh negara, malah ada yang datang dari Indonesia, Thailand dan Singapura sehingga berjaya mencipta rekod sendiri dengan kehadiran sehingga lebih 60,000 peserta. Kehadiran peserta itu di luar jangkaan kami.

“Selama ini pihak kami telah cuba bertungkus-lumus bagi memastikan program kali ini lebih mantap dan lancar memandangkan ia kali kelima diadakan,” kata penganjur.

Mereka dalam masa sama turut berjanji akan melakukan penambahbaikan di masa akan datang selepas tercetusnya beberapa kontroversi sepanjang program itu diadakan.

“Dengan sering mengadakan kunjungan hormat, kami telah mendapat nasihat serta saranan yang baik daripada pihak berkuasa, namun tiada keupayaan pihak kami untuk memastikan ia sempurna.

“Adalah sedikit yang tidak memuaskan hati pihak berkuasa, jadi kami memohon maaf dan akan cuba melakukan penambahbaikan pada masa akan datang, ” tulis kenyataan itu lagi.

Terdahulu media melaporkan JPJ telah menyita sebanyak126 motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang sembilan hari Operasi Khas Motosikal (OKM) negeri Terengganu diadakan.

Ianya termasuk para peserta Himpunan RXZ Members 5.0 sehingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan peminat dunia permotoran.

Selain itu tular juga di media sosial video sekumpulan mat motor dipercayai peserta acara Himpunan Yamaha RXZ 5.0 yang sanggup mengangkat motosikal mereka untuk melintasi pembahagi jalan (divider) semata-mata mahu lari daripada sekatan jalan raya (SJR).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.