“Teguhnya Iman Mereka” – Tular Video Imam & Jemaah Tetap Baca Doa Qunut Saat Gempa Bumi
Perkongsian video tersebut menyebabkan rata-rata netizen kagum dengan keteguhan imam para jemaah yang tetap meneruskan solat di saat bencana gempa bumi melanda.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan insiden gempa bumi yang melanda Maghribi atau Morocco sekaligus memusnahkan sebahagian kediaman dan bangunan di sana.
Difahamkan, gempa bumi bermagnitud 6.8 itu melanda pada Jumaat lalu (8 September) di kawasan pergunungan 72 kilometer di barat daya bandar pelancongan Marrakesh, lapor Pemantauan Geogologi Amerika Syarikat.
Tular rakaman CCTV imam dan jemaah di masjid tetap solat saat gempa bumi
Dalam pada itu, turut tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan suasana solat jemaah di dalam sebuah masjid dipercayai saat gempa bumi melanda.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @muhsinmaroko, dia mendakwa kejadian tersebut berlaku di Maghribi dan ketika para jemaah sedang membaca doa qunut.
Keadaan yang tenang dan terang bertukar menjadi gelap gelita saat jemaah sedang solat
Bagaimanapun, keadaan yang pada mulanya tenang dan terang dengan cahaya lampu di dalam masjid secara tiba-tiba menjadi gelap semasa para jemaah sedang membaca doa qunut bersama imam berkenaan.
Beberapa saat kemudian, kelihatan kamera CCTV yang merakam saat jemaah berkenaan solat bergoyang akibat gempa bumi.
Imam dan para jemaah tidak lari ketika gempa bumi, tetap teruskan bacaan doa qunut
Apa yang mengagumkan, kesemua jemaah bersama imam di dalam masjid tersebut tetap meneruskan bacaan doa qunut dan solat mereka seperti biasa meskipun sedang dilanda gempa bumi di dalam keadaan gelap.
Meskipun tidak menjelaskan bila insiden itu berlaku, namun ramai yang percaya ianya sewaktu solat subuh.
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi hampir 2 minit itu mendapat lebih 6.9 juta tontonan dan 310,900 tanda suka.
Mejengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa kagum melihat semangat serta keteguhan iman para jemaah serta imam berkenaan yang kekal tenang meneruskan bacaan doa qunut solat mereka.
Bagaimanapun, setakat ini tiada bukti yang mengesahkan insiden ini berlaku di Maghribi pada baru-baru ini.
Bahkan, ada yang tertanya-tanya adakah benar ianya berlaku di Maghribi memandangkan gempa bumi di negara itu berlaku pada sekitar jam 11.30 malam waktu tempatan. Manakala solat subuh hanya dilakukan pada awal pagi.
Namun, netizen turut menitipkan doa buat para mangsa gempa bumi yang berada di Moroko ketika ini agar sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Gempa bumi melanda kota Maghribi korbankan lebih 2,000 nyawa
Terdahulu, media melaporkan gempa bumi kuat yang melanda di Maghribi telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 2,000 lagi.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Sabtu lalu (9 September), sebahagian besar mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal, lapor Harian Metro.
Bencana gempa bumi yang melanda Maghribi ini mengingatkan kembali tragedi sama yang berlaku di Selatan Turki dan Utara Syria yang mengorbankan lebih 50,000 nyawa akibat tertimbus dalam runtuhan bangunan pada bulan Februari lalu.
Berikut komen netizen di TikTok:
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gempa Bumi: MINDEF Hantar Doktor, Paramedik & Anggota ATM Wujudkan Hospital Medan Di Turkiye
BACA ARTIKEL BERKAITAN: