Apa Hukum Penguatkuasa Ikut Arahan Atasan Sehingga Zalimi Rakyat? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus [Video]

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan Allah SWT berfirman bahawa umat Islam diwajibkan untuk mengikuti arahanNya, Rasul dan kerajaan yang menjadi pemimpin.

Menurut UAI, bagaimanapun kerajaan yang harus diikuti mestilah yang tidak menindas rakyatnya.

Haram ikut arahan pemimpin untuk zalimi rakyat

Menerusi hantaran video di laman Facebook miliknya, UAI berkata sekiranya seorang pemimpin itu memberi arahan untuk menzalimi rakyat, maka hukumnya adalah haram untuk diikuti.

“Kalau menzalimi tak boleh, haram. Maknanya bukan semua benda orang atasan suruh kita boleh buat.

“Jangan pakai alasan saya terpaksa, orang atasan yang suruh, tak boleh. Kamu akan disoal di alam barzakh dan di akhirat,” katanya.

UAI berkata demikian semasa menjawab soalan yang dikemukan salah seorang jemaah masjid mengenai hukum tersebut dalam satu majlis kuliah di Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, Kuala Terengganu pada Ahad lalu (9 September).

Jika arahan itu harus mengikut syarak, maka boleh diikuti

Kata UAI, jika perkara yang diarahkan oleh orang atasan itu harus mengikuti syarak, maka seseorang itu boleh mengikutinya.

“Tapi kalau arahan itu suruh buat benda yang haram, suruh buat benda maksiat, suruh buat benda yang zalim tak boleh ikut,” katanya lagi.

Wajib tolak arahan yang bertentangan dengan ajaran Islam meski hingga dibuang kerja

Menurutnya lagi, wajib seseorang umat Islam itu menolak arahan yang bertentangan dengan ajaran Islam meskipun sehingga terpaksa dibuang kerja kerana rezeki Allah SWT itu luas.

“Jangan tolong sekali-kali arahan untuk berlaku zalim, kalau nak tolong, tolong benda yang baik,” ujarnya lagi.

Orang yang ikut arahan untuk zalimi dan menyusahkan rakyat akan masuk neraka

Berkongsi lanjut, beliau berkata seseorang yang mengikuti arahan atasan untuk menzalimi dan menyusahkan rakyat akan diazab di dalam neraka bersama majikannya di akhirat nanti.

“Orang yang tolong orang yang zalim, kalau orang yang suka berbohong kita kata betul walaupun sebenarnya pembohongan tak boleh minum di kolam Kausar nabi.

“Kata imam Al-Quturbi dan imam Ibnu Kathir siapa yang tak diberi minum kolam Kausar, tandanya masuk neraka,” kata UAI.

Jelasnya lagi, tidak semua perkara kita harus menentang kerana ada arahan yang boleh diikuti dengan syarat bukan untuk menzalimi dan menganiaya orang lain.

Video penuh di Facebook

Recent Posts

  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

16 mins ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

1 hour ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

2 hours ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

3 hours ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago