
“Ni Mesti Pengasuh Terbaik” – Anak Kecil Menangis Tak Nak Balik Rumah, Siap ‘Hambat’ Ibu Buat Ramai Terhibur [Video]
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @ainorlegacy, kelihatan dia memujuk anak lelakinya yang berusia dalam lingkungan tiga tahun untuk balik ke rumah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada masa kini, kebanyakan isteri turut sama-sama keluar mencari rezeki berbanding pada masa dahulu di mana hanya suami yang menjadi pencari nafkah utama.
Ini kerana kos sara hidup yang tinggi menyebabkan kebanyakan wanita memilih untuk bekerja dan membantu keluarga.
Buat wanita yang mempunyai cahaya mata, sudah pastinya akan mengupah pengasuh bagi menjaga anak ketika bertugas.
Mencari pengasuh yang terbaik buat anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, bila mendapat penjaga yang baik, anak pula yang memeningkan kepala kita.
Mahu Tinggal Dengan Pengasuh, Anak Menangis & Kejar Ibu Dengan Penyapu
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila anaknya menangis tidak mahu pulang ke rumah dan berkeras mahu tinggal bersama pengasuh.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @ainorlegacy, kelihatan dia memujuk anak lelakinya yang berusia dalam lingkungan tiga tahun untuk balik ke rumah.
Namun, anaknya dilihat terus menangis dan berkeras mahu tinggal bersama pengasuh.
Malah, kanak-kanak lelaki tersebut berulang kali mengucapkan ‘tak nak’ apabila diajak balik oleh ibunya.
Mungkin kerana geram dengan tindakan ibu yang asyik terus memintanya balik, kanak-kanak berkenaan dilihat berlari masuk ke rumah pengasuh sebelum mengambil penyapu untuk menghalau ibunya.
“Masuk kereta, susu dekat ibu!” kata wanita itu lagi kepada anaknya.
Kanak-kanak itu sekali lagi dilihat tidak mengendahkan apa yang dikata oleh wanita berkenaan. Dia turut dikejar oleh ibunya hingga menyebabkan dia menyorok di sebalik badan pengasuh kesayangannya itu.
“Cepat, jom balik, jom balik,” kata wanita itu lagi kepada anaknya.
Menerusi video yang telah mendapat lebih 2.8 juta tontonan itu, pengguna TikTok itu bergurau dan mendakwa anaknya terkena guna-guna oleh penjaganya itu.
“Dah kena guna-guna dengan mama pengasuh, ajak balik pun tak nak,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
@ainorlegacy da kene ‘guna-guna’ dgn Mama Pengasuh ajak balik pun tak nak 😫
♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keletah dan gelagat anak kecil itu.
Ada juga yang menzahirkan rasa syukur kerana itu bukti kanak-kanak itu dijaga oleh pengasuh dengan baik.
Bagi mereka, ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah dalam mencari pengasuh yang terbaik buat anak-anak.
Namun, ada juga yang sebak melihat respon si ibu apabila anaknya menolak ajakan untuk pulang ke rumah selepas penat pulang dari tempat kerja.
Dia Seronok Dapat Main Dekat Luar, Kalau Balik Rumah Kena Kurung Dalam Rumah

Macam Mak Saya, Malam-Malam Ketuk Pintu Suruh Mak Buatkan Susu, Ibu Dia Buat Tak Sedap

Itu Tanda Pengasuh Jaga Anak-Anak Dengan Baik & Kasih Sayang

Lega Dapat Pengasuh Macam Ni, Kita Tahu Anak Di Tangan Yang Baik

Dalam Hati Mak Mesti Sedih Gila, Tapi Terpaksa Hadap Demi Cari Rezeki Untuk Anak

Tak Nak Balik Sebab Syok Main

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Wanita Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak, Ada Cadangan Minta Kerajaan Buka Pusat Asuhan Bersubsidi
Baca Artikel Berkaitan: “Kakak Tak Dapat Fokus”- Netizen Tersentuh Lihat Guru Sanggup Tawar Diri Jadi Pengasuh [Video]