fbpx

Warga Asing Menangis Selepas Tangan, Kaki Diikat & Dibiarkan Seharian Di Tepi Jalan [Video]

Difahamkan, individu yang mengikat tangan dan kaki lelaki itu juga merupakan warga asing dan bukannya rakyat Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki warga asing yang sedang menangis di tepi jalan dalam keadaan tangan dan kakinya diikat.

Warga asing yang memakai baju jersey ungu itu kelihatan terduduk di tepi jalan dalam keadaan diikat dengan tali berwarna hijau.

Warga asing diikat kerana dipercayai mencuri telefon dan wang

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook Kejut Ka, pengguna media sosial itu mendakwa kejadian dipercayai berlaku kerana lelaki terbabit mencuri dua buah telefon dan wang sebanyak RM700.

“Kau buat orang serupa binatang ya? Setakat dua telefon dan duit RM700, culik dan buang dalam hutan. Nauzubillahiminzalik lah hal macam ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

lelaki datang bantu buka ikatan tangan dan kaki warga asing itu

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lagi lelaki warga tempatan datang membantu dengan membuka ikatan di tangan dan kaki warga asing itu.

Menerusi perbualan di dalam video itu, individu yang mengikat tangan dan kaki lelaki berkenaan juga merupakan warga asing dan bukannya rakyat Malaysia.

Diikat dan dibiarkan sejak pagi hingga petang

Warga asing itu dikatakan telah diikat dan dibiarkan di tepi jalan berdekatan hutan sejak pagi sehingga petang dipercayai di sebuah kawasan tepi jalan di Terengganu.

Menerusi ruangan komen, Kejut Ka turut berkata suspek yang berbuat demikian merupakan kenalan baru kepada mangsa.

Setakat artikel ini ditulis, kami tidak menerima sebarang maklumat tambahan berhubung kejadian itu mahupun kenyataan daripada pihak berkuasa.

Ungkapan yang dinyatakan oleh warga asing itu juga tidak begitu jelas, adakah dia diikat kerana mencuri atau dirinya yang menjadi mangsa samun?

Kami akan kemaskini artikel ini sekiranya mendapat maklumat tambahan…

Video Facebook

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.