Achey Beli Van Jenazah Hasil Keuntungan Jual Gula ‘Tiara Candy’ Cetusan Anaknya Di TikTok [Video]

Pada Ogos lalu, tular di media sosial apabila anak kepada pelawak, Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah yang berjaya menjual 3,000 pek gula-gula dalam masa dua jam bersiar secara langsung di TikTok.

Kejayaan yang dikecapi oleh anak perempuanya yang mesra dipanggil Tiara merupakan sesuatu yang tidak dijangka oleh Achey serta isterinya memandangkan itu adalah kali pertama kanak-kanak itu berniaga.

Malah menurut Achey idea untuk menjual gula-gula tersebut datang daripada anaknya dan sejak itu perniagaan berkenaan diteruskan sehingga ke hari ini memandangkan ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Achey beli van jenazah hasil keuntungan Tiara jual gula-gula

Susulan daripada kejayaan menjual gula-gula itu, Achey kemudian telah membeli sebuah MPV yang dijadikan sebagai van jenazah hasil daripada keuntungan perniagaan anaknya itu.

Menurutnya van jenazah itu adalah percuma kerana ia adalah hasil sumbangan orang ramai yang telah membeli gula-gula yang dijual oleh Tiara.

Dia walau bagaimanapun memohon maaf sekiranya van jenazah itu dilihat kurang memuaskan kerana ia bukanlah kenderaan baharu.

“Maaf sekiranya van jenazah ini kurang memuaskan, yang diharapkan dapat memudahakan kerana ianya percuma. Kepada waris yang kurang berkemampuan kami sediakan juga set kain kafan percuma,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.

Minta orang ramai terus doakan agar dapat beli van jenazah lagi

Achey turut meminta orang ramai untuk mendoakan keluarganya agar mereka dapat membeli lagi van jenazah untuk kawasan lain yang memerlukan.

Dia bagaimanapun memaklumkan van tersebut belum dapat beroperasi memandangkan peti untuk menyimpan mayat masih belum siap. Namun Achey akan cuba sedaya upaya menyiapkankannya agar kenderaan itu dapat digunakan dengan segera oleh orang ramai.

Melihat di ruangan komen, orang ramai turut mendoakan agar perniagaan gula-gula atau ‘Tiara Candy’ akan terus maju dan dilimpahkan rezeki.

Tidak kurang juga ada yang memuji ia adalah satu sumbangan yang baik daripada keluarga Achey.

“Kalau ke jalan inilah yang Tiara Candy lakukan, saya akan terus support beli candy”

“Semoga Tiara Candy semakin laris perniagaannya dan terus jadi anak yang solehah..”

“Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki”

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

3 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

3 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

4 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

4 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

5 hours ago