JAKIM Jelaskan Perbuatan Suami Isteri Tayang Aksi Bercium Di Media Sosial Adalah Ditegah

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai momen indah bersama.

Malah adakalanya momen tersebut diabadikan menerusi perkongsian di dalam media sosial untuk mengambarkan perasaan bahagia bersama pasangan tercinta.

Walau bagaimanapun terdapat segelintir individu yang bertindak keterlaluan apabila turut berkongsi gambar atau video yang kurang bersesuai dengan menunjukkan kemesraan bersama pasangan.

Antaranya adalah memaparkan gambar atau video aksi bercumbuan, berpelukan, mandi bersama-sama serta banyak lagi.

Ini kerana, perkongsian ini adalah kurang bersesuaian untuk diletakkan di media sosial memandangkan ia bakal dipertonton oleh pelbagai peringkat umur.

Kongsi gambar ‘bermesra’ antara suami isteri di media sosial boleh menjatuhkan maruah

Malah baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut memaklumkan tindakan seperti itu boleh menjatuhkan maruah serta kehormatan suami isteri sebagai seorang Muslim.

Perkara itu dikongsikan oleh JAKIM menerusi satu hantaran di Facebook rasmi.

“Bercumbuan antara suami isteri di khalayak termasuk di media sosial adalah ditegah oleh Islam kerana boleh menjatuhkan maruah sebagai Muslim.

“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ‘iman itu ada tujuh puluh lebih cabang, dan rasa malu salah satu cabang dari iman (Riwayat Muslim: no 3),” tulisnya.

Mufti Wilayah Persekutuan turut kongsikan mengenai hukum bercumba di khalayak ramai atau media sosial

Jakim dalam masa sama turut meminta pengguna media sosial untuk tidak memuat naik adegan yang tidak bersesuaian agar tidak menimbulkan fitnah, keraguan dan juga perbincangan di kalangan masyarakat.

Malah persoalan ini juga pernah dijawab di dalam laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan menerusi satu soalan yang bertanya apakah hukum jika suami isteri bercumbu di khalayak ramai dan media sosial untuk menzahirkan kemesraan mereka.

Bermesraan adalah halal dan satu anugerah diberikan Allah SWT namun bukan di khalayak ramai

Jelasnya, bermesraan bersama pasangan itu adalah perkara yang dibenarkan dan halal malah ia adalah satu anugerah diberikan oleh Allah SWT kepada hambaNya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki.

Oleh itu, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.

“Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”

“Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai,” maklumnya.

Maka perbuatan seperti bercium hendaklah dielakkan di khayak umum serta media sosial selain ia bukan akhlak Muslim serta jauh daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini.

“Semoga kita semua berusaha menzahirkan akhlak dan adab yang mulia dalam kehidupan kita.”

Recent Posts

  • Trending

Blockout2024: Selepas Dibidas Awal Ashaari, Ini Respon Balas Wardina Safiyyah

Awal Ashaari sebelum ini membidas tindakan Wardina yang meminta warganet menyenaraikan artis yang didakwa mempromosikan…

37 mins ago
  • Trending

“All Eyes On Rafah, Who’s That?” – Ning Baizura Teruk Dikecam, Didakwa Tak Cakna Isu Di Palestin [Video]

Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen 'all eyes on…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

19 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

19 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

21 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

22 hours ago