fbpx
Now Reading
Isu Kenyataan ‘Kurang Yakin’ Berwajah Melayu, Nina Smith Beri Penjelasan – “Saya Salah Guna Perkataan” [Video]

Isu Kenyataan ‘Kurang Yakin’ Berwajah Melayu, Nina Smith Beri Penjelasan – “Saya Salah Guna Perkataan” [Video]

Menurut Nina Smith, dia sangat berbangga dengan rupa parasnya yang kelihatan Melayu selain memohon maaf kepada orang ramai yang terasa hati dengan kenyataan yang diberikannya sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, media sosial kecoh mengenai kenyataan seorang peserta uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 yang menyatakan dirinya mempunyai darah kacukan Malaysia-Amerika namun berasa tidak yakin kerana wajahnya lebih kelihatan Melayu.

Susulan itu, peserta terbabit yang juga seorang pelakon dikenali sebagai Nina Smith telah menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Nina Smith tampil beri penjelasan, sejak kecil namanya sering dipersoal

Enggan berdiam diri, Nina akhirnya tampil menjelaskan isu tersebut untuk menghentikan segala kecaman yang diterimanya sekaligus menjernihkan kembali keadaan.

Menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya (@notninasmith), Nina atau nama sebenarnya Amalina Smith berkata sejak kecil lagi namanya sering dipertikai sesetengah individu kerana tidak kelihatan seperti berdarah kacukan.

“Dari umur saya tujuh tahun, masuk sekolah tengah check gigi, nurse tanya ‘eh awak nama Amalina Smith ni, betul ke awak ni mix? Ke awak saja-saja letak?’, waktu tu saya tak berapa faham lagi.

“Semakin membesar, selalu sangat soalan itu diajukan kepada saya. Jadi kalau dah hidup selama 24 tahun dan soalan itu saja yang diberikan, somehow you akan develop jawapan yang macam ‘aku tahu dalam otak kau ni fikir kenapa muka dia tak macam mat saleh, dia tipu lah ni’.

“Sebelum orang cakap macam itu, saya dah cakap dulu ‘saya tahu saya sedar yang muka saya tak macam mat saleh, saya lebih kepada Melayu.’ Saya tak cakap benda tidak baik,” katanya.

Nina bangga berwajah melayu, mohon maaf jika kenyataannya mengguris hati ramai pihak

Dalam pada itu, Nina turut menjelaskan dia sangat berbangga dengan rupa parasnya yang kelihatan Melayu selain memohon maaf kepada orang ramai yang terasa hati dengan kenyataan yang diberikannya sebelum ini.

“Saya sangat berbangga dengan rupa paras saya. Alhamdulilah, banyak rezeki saya dapat dengan muka Melayu ini. Saya tak kisah muka saya macam mana tapi bila orang pertikaikan benda itu jadi sensitif sikit,” katanya lagi.

Mungkin tersalah guna perkataan ‘insecurity’

Jelas Nina, dia mungkin tersalah guna perkataan ‘insecurity’ sehingga dikecam ramai meskipun hakikatnya tidak bermaksud untuk mengatakan tidak yakin dengan berwajah Melayu.

“Bukan ‘insecurity’, mungkin saya salah guna perkataan. Saya bukan tidak yakin sebab muka Melayu, bukan itu maksud saya, Mungkin jawapan saya dah menyinggung beberapa pihak, saya minta maaf.”

Nina Smith
@notninasmith

Replying to @corona im never insecure of how i look. infact maybe you’d be insecure if you see me in real life 😝😝

♬ original sound – Nina Smith – Nina Smith
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.