“Itu Trend Sekarang” – Cikgu Terkejut Budak Perempuan 11 Tahun Tulis ‘LGBTQ+’ Dalam Lukisan

Perkembangan teknologi pada masa kini menyebabkan kebanyakan generasi muda sudah lebih mudah mengases internet melalui peranti mereka sendiri.

Tidak dinafikan, penggunaan internet dalam pembelajaran sememangnya memberi banyak manfaat serta kebaikan.

Namun, media sosial yang boleh diakses di hujung jari ini juga mampu memberi kesan buruk kepada pemikiran kanak-kanak jika tidak dikawal.

Cikgu Fadli kongsi kisah budak 11 tahun yang terpengaruh dengan media sosial

Seperti baru-baru ini, seorang guru pempengaruh yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh telah berkongsi mengenai kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang terpengaruh dengan perkara ‘trending’ yang tidak sepatutnya di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Mohd Fadli berkata perkara itu diceritakan oleh rakannya yang dikenali sebagai Siti Awa.

Kanak-kanak perempuan tulis ‘LGBTQ+’ dalam kertas lukisan tanpa ketahui maksudnya

Menurutnya, kanak-kanak terbabit telah menulis perkataan ‘LGBTQ+’ pada kertas lukisannya ketika dalam satu pertandingan melukis.

Lebih membimbangkan apabila kanak-kanak tersebut menyatakan dia tidak tahu mengenai maksud perkataan tersebut dan hanya terpengaruh melalui aplikasi media sosial.

“Betul cikgu. Ni lukisan dia. Cantik kan? Tu dia tulis kat bawah tu. Saya tanya dia, kenapa tulis LGBTQ+ tu. Jawabnya itu trend sekarang.

“Memang banyak dia tengok kat YouTube, TikTok tulis macam tu. Dia tulis lah. Bila tanya maksud LGBTQ+, dia tak faham apa pun,” katanya.

Ada pihak cuba pengaruh pemikiran kanak-kanak mengenai budaya songsang

Cikgu Fadli turut mendakwa ada pihak yang cuba mempengaruhi pemikiran kanak-kanak secara sedikit demi sedikit.

“Kat YouTube Kids pun ada banyak video menghala ke benda ini, ads (iklan) bersepah promote benda ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Siti Awa menerusi ruangan komen turut menjelaskan bahawa dia berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada kanak-kanak itu maksud sebenar perkataan ‘LGBTQ+’.

Kanak-kanak terbabit terkejut setelah mengetahui maksud sebenar LGBTQ+

Kanak-kanak itu kemudiannya memberikan reaksi terkejut selepas diterangkan oleh Siti Awa mengenai maksud perkataan itu.

“Saya sempat memberi penerangan ringkas dan yang paling mudah untuk dia fahami. Kanak-kanak perempuan ini terus memberi reaksi yang sangat terkejut. Dia baru tahu makna LGBTQ+. Semoga isu ini memberi manfaat dan pengajaran buat semua.”

Siti Awa Mohd Noor
Foto: Facebook/Mohd Fadli Salleh

Kanak-kanak sememangnya senang terpengaruh dengan perkara yang ada di dalam internet.

Justeru ibu bapa perlulah lebih memantau dan memeriksa setiap video tontonan anak-anak di dalam media sosial.

Semua ini demi kebaikan generasi akan datang dan diredai Allah SWT.

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

1 hour ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

1 hour ago
  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

2 hours ago
  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

3 hours ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

4 hours ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

5 hours ago