“Tahniah Mak Ayahnya..” – Sikap Terpuji 2 Remaja Salam Cium Tangan Polis Trafik Lepas Disaman Raih Perhatian [Video]
Menerusi video, kelihatan mereka akur apabila disaman polis malah turut bersalaman dengan anggota terbabit sebelum beredar dari kawasan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui polis trafik berhak mengeluarkan saman terhadap pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Malah tujuan saman juga adalah untuk memberi pengajaran kepada pengguna jalan raya agar kesalahan yang sama tidak dilakukan kerana perkara itu boleh mengundang bahaya seperti kemalangan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, sebagai manusia sudah menjadi lumrah apabila terdapat segelintir darinya mungkin memberikan reaksi seperti marah apabila disaman pihak berkuasa.
2 budak lelaki tenang disaman polis dan tunjuk adab yang sopan
Namun berbeza dengan dua remaja lelaki apabila masih menunjukkan adab yang sopan walau disaman oleh polis trafik dipercayai atas kesalahan tidak memakai topi keledar.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Areyaa Yahya di TikTok, awalnya kelihatan dua anak muda dipercayai masih belajar itu berada di bawah pokok bersama seorang polis trafik.
Kelihatan anggota polis itu sedang menulis sesuatu yang dipercayai saman buat dua remaja tersebut atas kesalahan yang dilakukan oleh mereka.
Sebaik sahaja selesai menulis saman tersebut, polis itu kemudian memberikan kertas itu kepada penunggang motosikal sebelum mereka beredar dari kawasan tersebut.
Siap salam dan cium tangan sebelum beredar
Namun apa yang menarik perhatian, sebelum mereka beredar, dua budak lelaki itu telah mendekati polis berkenaan dan bersalam serta mencium tangan pihak berkuasa itu.
Selesai bersalaman mereka kemudian membuat pusingan U dan pulang menaiki motor dengan tidak memakai topi keledar.
Melihat di ruangan komen orang ramai memuji sikap dua budak lelaki itu kerana menunjukkan akhlak yang baik meskipun telah disaman oleh polis tersebut.
Malah ada yang percaya mereka bertindak sedemikian kerana ditegur dengan cara yang baik oleh anggota polis itu.