fbpx

“Semangat Dik!” – Ibu ‘Support’ Anak Joging Sambil Iring Bawa Rotan Buat Ramai Terhibur [Video]

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat tindakan wanita itu mengiringi anaknya yang sedang berjoging sambil membawa rotan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktiviti senaman yang paling popular dan sering dilakukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia pastinya joging, ia bukan hanya tidak memerlukan peralatan yang banyak malah boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Tidak dinafikan, joging mempunyai pelbagai kebaikan seperti baik untuk kesihatan jantung, tulang, otot, membakar kalori dan banyak lagi, lapor Hello Doktor.

Bagi mereka yang inginkan gaya hidup sihat tetapi mempunyai perasaan malas untuk berjoging, pastinya sokongan serta dorongan daripada insan tersayang amat diperlukan.

Kanak-kanak joging sambil diiringi ibu

Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang berjoging sambil diiringi oleh seorang wanita dipercayai ibunya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @farhinjeffry, kelihatan kanak-kanak memakai baju berwarna biru itu sedang berlari bersebelahan jalan berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, Perak.

Ibu pegang rotan ‘support’ anak joging

Dalam video yang sama, kelihatan juga seorang wanita menaiki motosikal sambil memegang sesuatu dipercayai rotan sedang mengekori kanak-kanak itu.

“Semangat dik, hidup ini keras macam rotan yang mak kau bawa tu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, wanita itu sedang memberi sokongan kepada anak lelakinya untuk berjoging bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat.

@farhinjeffry

semangat dik , hidup ni keras mcm rotan yang mak kau bawak tu 🤣 #fyp #foryou #xyzbca #masukberanda

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Netizen terhibur dan yakin kanak-kanak itu akan berjaya capai tujuannya

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat tindakan wanita itu mengiringi anaknya yang sedang berjoging sambil membawa rotan.

Tidak hanya itu, mereka juga yakin bahawa kanak-kanak itu akan berjaya mencapai tujuannya memandangkan dia mendapat sokongan luar biasa daripada ibunya.

Malah, ada juga yang berniat untuk melakukan perkara yang sama kepada insan tersayang demi kebaikan mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.